RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Wednesday 28 July 2010

Sunnah dan Bidaah dalam Amalan Orang Melayu

Adakah amalan-amalan kita seperti sembahyang, zikir, dan puasa bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW atau termasuk dalam perbuatan bidaah tanpa kita sedari? Adakah adat-adat yang kita pertahankan dan diwarisi daripada datuk nenek kita seperti adat istiadat perkahwinan dan pertunangan selaras dengan kehendak Islam? Buku ini bukan sahaja menjawab persoalan-persoalan ini dengan terperinci, malah mengemukakan pendapat-pendapat ulama dan disokong oleh nas al-Quran dan Hadith. Antara amalan bidaah yang dikupas di dalam buku ini ialah adat istiadat perkahwinan, kematian, perbomohan, penggunaan tangkal dan azimat, tawassul dengan roh dan orang yang telah mati, dan sambutan hari perayaan. Justeru, buku ini perlu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat sebagai pedoman bagi mengenal pasti amalan yang dilakukan adalah Sunnah atau bidaah."