RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Friday 26 August 2011

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi-Nabi

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Adam
(10 Jilid)



Harga Asal: 16.00 sebuah
(1 set RM 160)


Harga Kami: RM8.00
(1 set RM 80)


PENULIS / PENYELENGGARA: Mohd Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott


PENERBIT: DBP

Tuesday 23 August 2011

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Isa Buku 3: Nabi Isa a.s. Dalam Kandungan

Harga Istimewa: RM5.00

Harga Asal: 20.00



PENULIS / PENYELENGGARA: Mohd Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott

PENERBIT: DBP

NO. KK: 2907 878871

ISBN: 9836263004

TAHUN TERBITAN: 2003

HALAMAN: 26





Kisah kali ini mengenai Maryam yang dikhabarkan akan melahirkan seorang anak lelaki bernama Isa. Maryam adalah seorang yang kuat beribadat. Beliau tinggal di dalam sebuah bilik di Haikal Sulaiman. Penjaganya yang juga pak ciknya ialah Nabi Zakaria a.s. Ketika pergi menjenguk Maryam di Haikal, Nabi Zakaria a.s. terkejut dan hairan kerana melihat di sisi Maryam terdapat buah-buahan segar yang di luar musim. Ketika itu musim sejuk tetapi buah-buahan yang berada di sisi Maryam ialah buah-buahan musim panas. Begitu juga setelah musim panas tiba, buah-buahan yang terdapat di sisi Maryam ialah buah-buahan musim sejuk. Hal ini menghairankan Nabi Zakaria a.s. Lalu baginda bertanya kepada Maryam dari mana dia mendapat buah-buahan tersebut. Maryam menjelaskan bahawa buah-buahan itu adalah anugerah rezeki dari Allah S.W.T. Ketika Maryam sedang asyik beribadat, dia telah didatangi oleh malaikat Jibril. Malaikat Jibril telah membawa berita bahawa Maryam akan mengandungkan seorang anak lelaki yang soleh dan akan menjadi nabi. Maryam kehairanan dan menyatakan bagaimana dia akan mengandung sedangkan dia tidak pernah di sentuh oleh lelaki. Malaikat Jibril menerangkan bahawa Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Allah telah menjadikan Nabi Adam tanpa ayah dan ibu dan Allah juga menjadikan Hawa tanpa ibu. Setelah menerangkan keadaan itu, malaikat Jibril telah meniupkan roh ke dalam rahim Maryam. Bagaimanakah nasib yang bakal menimpa Maryam di Haikal tersebut? Bagaimana pula penerimaan Nabi Zakarian a.s. dan kaum Bani Israil? Dapat buku yang menarik ini. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak.