RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Saturday 31 March 2012

Tumbuhan Beracun di Sekeliling Kita

HARGA : RM 35.00



Sinopsis
Ramai dari kalangan kita yang belum menganggap keracunan dari tumbuhan sebagai satu masalah yang serious. Buku ni boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan bagi ibu bapa, guru, pengakap, pegawai perubatan, jururawat, pemandu pengembara dan sebagainya untuk mengenali dan mengecam tumbuhan yang beracun dan mengetahui langkah-langkah yang patut dilakukan ketika kecemasan.

Friday 30 March 2012

Perlaksanaan Haji

Oleh Ustaz Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman
Penerbit : Telaga Biru
Harga: RM100.00

Koleksi panduan ibadah haji untuk seisi keluarga ini mengandungi 5 DVD.
 DVD ini menerangkan mengenai pengertian dan hukum berkaitan ibadat haji, syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah haji, perkara yang dilarang ketika mengerjakan haji, perkara-perkara sunat haji dan penerangan hukum berkaitan tawaf, tahallul dan sebagainya.

Sunday 25 March 2012

Rentak Galur

PENULIS / PENYELENGGARA: Sarimah Othman
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2007
HALAMAN: 298
HARGA : RM 20.00


Nilam Atiqah anak yatim piatu mencari keturunan ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia pulang semula ke kampung halaman dan tinggal di rumah peninggalan arwah ibu dan ayahnya. Di rumah itu Nilam Atiqah menemui buku catatan ibunya, Syakirah. Daripada buku catatan itu Nilam Atiqah bukan sekadar mengetahui jurai keturunannya tetapi memainkan peranan penting dalam hubungan sebuah keluarga yang kini dia merupakan seoang anggotanya. Plot cerita agak menarik kerana pengarang menonjolkan buku catatan ibu Nilam Atiqah sewaktu zaman mudanya. Dengan membaca buku catatan ibunya itulah yang disampaikan oleh pengarang dalam bentuk cerita.

Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia (Edisi Ketiga)

 PENULIS / PENYELENGGARA: Rukayah Aman
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2006
HALAMAN: 178 (kulit keras)
HARGA : RM 40.00

Landskap Kediaman Edisi Kedua

PENULIS / PENYELENGGARA: Nor Ain Mohd. Rejab
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2006
HALAMAN: 226
HARGA : RM 59.00

Saturday 24 March 2012

Tanaman Hiasan Ruangan

PENULIS / PENYELENGGARA: Rukayah Aman
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2003
HALAMAN: 105
HARGA : RM 22.00

Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia

PENULIS / PENYELENGGARA: Rukayah Aman
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2009
HALAMAN: 168
HARGA : RM 22.00

Gaya Dewan Edisi Ketiga


 PENULIS / PENYELENGGARA:
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2005
HALAMAN:324
HARGA : RM 45.00

Maaf, dah habis stok :)

Kemboja di Hati

PENULIS / PENYELENGGARA: Ramlah Rashid
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 503
HARGA : RM 28.00

Air Mata Ibu

 
PENULIS / PENYELENGGARA: Soo Cham
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2007
HALAMAN: 301
HARGA : RM 25.00

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang, umpama lauk yang dibubuh garam, masinlah jadinya. Tidak ramai yang boleh menjadi seperti ikan di laut, air masin tetapi daging ikan tetap tawar. Begitulah yang terjadi terhadap Sui Yin dan dua orang abangnya yang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung Melayu. Disebabkan sedari kecil bergaul dengan orang Melayu, akhirnya mereka memeluk Islam dan kedua-dua abangnya berkahwin dengan gadis Melayu. Namun, si ibu tidak dapat menerima hakikat ini, "Kenapa orang Cina hendak jadi orang Melayu?" tanyanya. Apakah benar pertukaran agama itu yang menjadi isu ibu Sui Yin? Kenapa si ibu selalu menitiskan air mata setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina? Kenapa abang-abang Sui Yin seperti tidak menyayangi lagi ibu mereka? Bagaimana Sui Yin menangani kerenah ibunya? Air Mata Ibu mengungkapkan kisah ibu yang kehilangan hati anaknya kerana dirinya adalah ikan yang tetap tawar di air masin.

Pemburu Mimpi

PROMOSI GEMPAK

 
PENULIS / PENYELENGGARA: Saleha Hussin
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2005
HALAMAN: 1244
HARGA : RM 47.00


Keperibadian mereka terbentuk kerana sejarah silam yang dilalui. Pemerhatian dan pengalaman mereka sewaktu kecil menjadikan penerimaan mereka terhadap lelaki berbeza. Mereka terus membesar tanpa kasih sayang dan perhatian seorang ayah. Namun, adakah mereka dapat menerima kembali ayah yang sekian lama tidak bertemu? Apakah kelebihan anak lelaki sehingga si ayah sanggup meninggalkan mereka? Bagaimanakah mereka mengharungi liku-liku hidup dalam kota yang penuh muslihat? Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah suka duka lima beradik dalam novel yang hebat ini.



HARGA PROMOSI
RM20 termasuk POS (poslaju)


3 buah SAHAJA

Hujan Sudah Teduh

  PENULIS / PENYELENGGARA: Zaharah Nawawi
PENERBIT: DBP
TAHUN: 2007
HALAMAN: 446
HARGA : RM 25.00

Edisi Khas Sasterawan Negara: Interlok

  PENULIS / PENYELENGGARA: Abdullah Hussain
PENERBIT: DBP
TAHUN: 2008
HALAMAN: 424
HARGA : RM 21.00


Novel ini telah memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1967. Novel ini memaparkan tema integrasi kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama-sama sebagai rakyat negara yang merdeka dan berdaulat

Buah-buahan Malaysia

PENULIS / PENYELENGGARA: Rukayah Aman
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2002
HALAMAN: 283 (kulit keras)
HARGA : RM 90.00


Bunga-bungaan Malaysia


PENULIS / PENYELENGGARA: Ismail Saidin
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2001
HALAMAN: 336 (kulit keras)
HARGA : RM 90.00


Friday 23 March 2012

Palma Pilihan untuk Seni Taman

PENULIS / PENYELENGGARA: Ismail Saidin
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2003
HALAMAN: 215 (kulit keras)
HARGA : RM 40.00


Tanaman Landskap Pokok Renek Edisi Kedua

PENULIS / PENYELENGGARA: Nor Ain Mohd Rejab
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2008
HALAMAN: 304
HARGA : RM 70.00


Siri Saga Artakusiad

Petua Azkram
PENULIS / PENYELENGGARA: Ahmad Patria Abdullah
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 231
HARGA : RM 15.80

Siri Saga Artakusiad

Kembar Artakus

PENULIS / PENYELENGGARA: Ahmad Patria Abdullah
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 198
HARGA : RM 14.80

Siri Saga Artakusiad

Kota Arialun

PENULIS / PENYELENGGARA: Ahmad Patria Abdullah
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 235
HARGA : RM 15.80

Siri Saga Artakusiad

Permata Aurorius
 
PENULIS / PENYELENGGARA: Ahmad Patria Abdullah
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 218
HARGA : RM 15.80

Anak Titiwangsa

 
PENULIS / PENYELENGGARA: Keris Mas
PENERBIT: DBP
TAHUN: 2010
HALAMAN: 169
HARGA : RM 15.00

Sudin dan Karim merupakan dua orang budak kampung yang nakal. Kedua-duanya gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Akibat kegagalan ini, Sudin dibawa oleh pak ciknya ke Kuala Lumpur dan diasuh dengan disiplin yang ketat. Manakala Karim pula terus membesar di kampung tetapi kurang mendapat perhatian daripada kedua-dua orang tuanya. Sudin akhirnya berjaya dalam kehidupannya dan kejayaan inilah yang patut anda ketahui. Apa pula yang terjadi kepada Karim yang semakin liar itu?

Aroma Hati

 
PENULIS / PENYELENGGARA: Zahura Zakry
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2007
HALAMAN: 334
HARGA : RM 20.00

Thursday 15 March 2012

Indahnya Hidup Bersyariat

Indahnya Hidup Bersyariat


Penulis : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Kod Katalog : TBBK 1097
Kos ISBN : 978-967-5102-30-1
HARGA : RM 55.0

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Kamus Dewan

Kamus Dewan Edisi Keempat

 

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga : RM60.00


Kamus KBSR Dewan Edisi Kedua

Nak habiskan stok...


Penerbit : DBP
Harga asal : RM25.00

Mengapa Ya!

PROMOSI GEMPAK

Mengapa Ya! (I Wonder Why)


Siri asalnya banyak tapi yang tinggal cuma ini:

Telefon Berdering
Sabun Berbuih
Matahari Terbit
Angin Bertiup
Kangaroo ada Kantung
Dodo Tiada Lagi

Penerbit: DBP
Tahun: 2002

Setiap satu berharga RM10
Satu set (6 buah) RM60
Kulit lembut
Berat ± 1.1 kg

HARGA PROMOSI
RM25 (6 buah) termasuk POS (poslaju)

3 set SAHAJA



Siri Pahlawan Islam

Siri Pahlawan Islam Edisi Jimat


                                Hulagu Khan                                        RM14.00
                                Muhammad Al-Fateh                          RM15.00 
                                Ikramah                                                RM14.00
                                Tariq                                                     RM15.00
                                Abu Ubaidah                                       RM15.00
                                Khalid Al-Walid                                    RM15.00
                                Salahudin Ayubi                                   RM14.00

Penerbit : PTS LiteraUtama
Membaca kisah-kisah pahlawan islam dengan garapan yang menarik. Leka seperti membaca novel-novel cinta di pasaran tetapi buku ini membawa kita menghayati kehebatan tokoh-tokoh ini dengan lebih menarik.

Tuesday 13 March 2012

Ensiklopedia Berilustrasi

PROMOSI GEMPAK

Ensiklopedia Berilustrasi Alam Semulajadi
Ensiklopedia Berilustrasi Sains & Teknologi




ENSIKLOPEDIA USBORNE
Alam Semulajadi
Harga : RM20

Sains Teknologi
Harga : RM20

Satu set (2 buah) RM40
Kulit keras

Berat ± 1.5 kg
Penerbit: DBP

HARGA PROMOSI
RM 30 (dua buah) termasuk POS (poslaju)


3 set SAHAJA

Siri Mendekati Sains

PROMOSI GEMPAK


Siri Mendekati Sains
Gedebak-gedebur! Bagaimanakah kita melompat?
Warna dan Bunyi! Mari bermain permainan.
Korek dan Semai! Bagaimanakah tumbuhan membesar?
Bulu Pelepah dan Bulu! Mengapakah kucing berdengkur?
Kunyah! Mamah! Apakah hidangan untuk makan tengah hari?
Penerbit: DBP
Harga Asal: RM15.00 sebuah


Buku terjemahan daripada siri asal At Home with Science terbitan Kingfisher Publications. Sangat bagus untuk bacaan tambahan kanak-kanak. Penyampaian yang ringkas dengan ilustrasi yang menarik.

5 buah RM75
Kulit keras
Berat ± 2 kg

HARGA PROMOSI
RM40 (5 buah) termasuk POS (poslaju)


5 set SAHAJA

Monday 5 March 2012

Agama dan Ideologi (al-Milal wa al-Nihal)


Penulis/ Penyelenggara: Imam al-Shahrastani
Penterjemah: Muhammad Ramzi Omar
Penerbit: DBP
ISBN: 9836285415
Tahun: 2006
Halaman: 464 
Harga: RM50.00


Sinopsis
Buku Agama dan Ideologi ini ialah terjemahan daripada buku al-Milal wa al-Nihal karangan Imam al-Shahrastani. Buku ini membincangkan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama. Buku ini merupakan ensiklopedia ringkas yang membabitkan aliran pemikiran, kumpulan dan falsafah. Ia sangat popular di kalangan cerdik pandai di Timur dan Barat yang mengkaji ilmu agama dan kepercayaan. Tokoh ulama terkenal iaitu Ibn al-Subki mengatakan, "Buku ini sangat baik dalam membahaskan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama". Menurut Profesor Albert Jeom, seorang ilmuwan Inggeris mengatakan, "Buku ini adalah jawapan yang memadai dalam membincangkan persoalan agama yang pelbagai, ciri-ciri dan kelainan setiap agama tersebut. Oleh yang demikian, buku ini menjadi bahan rujukan autentik dan segar untuk setiap zaman." Ilmuwan Jerman iaitu Habacker pula berkata, "Dalam buku al-Milal wa al-Nihal karangan al-Shahrastani kita beruupaya untuk menyingkap persoalan sepanjang sejarah falsafah dahulu dan sekarang."

Maaf, dah habis :)

Friday 2 March 2012

Tafsir al-Maraghiy (Jilid 1 - 15)

Tafsir al-Maraghiy (Jilid 1 - 15)
Penulis: Ahmad Mustafa al-Maraghiy
Penterjemah: Muhammad Thalib
Tahun: 2001
Penerbit: DBP
Harga Asal: RM2100.00
Harga Kami: RM1000.00

Berat : 11 kg
Pos laju (SM) : RM63
Parcel (SM) : RM30

UPDATE 14Jun2013 (2 set terakhir)

Tafsir Al-Maraghi: Tafsir Termasyhur Abad ke-20

Kitab Tafsir ini adalah karya ulama besar Universiti Al-Azhar Mesir, Syaikh Ahmad Mustafa Al-Maraghiy. Terjemahan kitab tafsir ini mengandungi 15 jillid kesemuanya daripada 10 jilid kitab asal yang diterbitkan pertama kali oleh Maktabah al-Babi al-Halabi (Kaherah) pada tahun 1369 H/1950 M atau dua tahun sebelum penyusunnya meninggal dunia.

Cara pentafsirannya sangat digemari oleh para pelajar yang mengkaji tafsir kerana gaya pentafsirannya dianggap moden, yakni berusaha menggabungkan berbagai metod pentafsiran terutama tafsir bil ma’thur (berdasarkan hadits) dan tafsir bir ra’yi (berdasarkan logik).

Wajah Kitab Asal Tafsir al-Maraghiy



Contoh Petikan Terjemahan Kitab Tafsir al-Maraghiy

Maaf, dah habis :)