RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Tuesday 8 January 2013

Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua


 Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua
   
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua
Penulis/Penyelenggara: DBP
Penerbit: DBP
Harga: 22.00 (Kulit Lembut)
        26.00 (Kulit Keras)

Sinopsis
Sejak penerbitannya pada tahun 1987, Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (edisi Pertama) telah dicetak ulang sebanyak dua puluh kali. Maka tibalah masanya Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan edisi kedua kamus ini. Dalam edisi kedua ini, sebanyuak lebih kurang 3800 kata masukan (entri) tambahan telah dimasukkan. Kebanyakan entri tersebut ialah kata dalam bidang sains dan teknologi. Langkah ini diambil memandangkan perkembangan dana pertambahan kosa kata yang begitu pesat dalam bidang tersebut, dan demi memenuhi tuntutan untuk memajukan bidang berkenaan. Kamus ialah salah satu alat pembakuan dan pengembangan bahasa yang cukup penting dan perlu terus dikemaskinikan agar dapat menampung perkembangan yang pesat ini. Kamus ini juga dapat dijadikan rujukan dan sekali gus dapat membantu para pengguna mengetahui dan memahami bentuk kata yang benar, makna kata yang betul, dan penggunaan kata yang baik serta yang sesuai dengan sistem bahasa kita. Dengan menyedari hakikat tersebut, dan dengan mengingat bahawa bidang sains dan teknologi adalah sangat penting, maka Kamus Pelajar Bahasa Malaysia edisi kedua ini difikirkan sangat perlu diterbitkan segera untuk mengatasi masalah tersebut. Di samping itu, diharapkan juga agar kamus ini dapat dimanfaatkan oleh para pengguna yang ingin meningkatkan kemampuan mereka berbahasa dengan baik dan dengan betul.

Wednesday 2 January 2013

SENARAI BUKU TEKS 2013

Untuk ibu bapa, guru-guru dan pengedar buku teks sekolah rendah dan menengah sila ke link di bawah untuk paparan senarai buku teks yang diperlukan bagi membuat pesanan.


1- SENARAI BUKU TEKS RENDAH 2013

2- SENARAI BUKU TEKS MENENGAH 2013