RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Wednesday 25 March 2015

Biografi Tokoh Dakwah: Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani Muhaddith Abad Ke-20

Buku Biografi Tokoh Dakwah: Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani Muhaddith Abad Ke-20 ini membawa pembaca menelusuri kisah hidup seorang ulama tersohor serta memberikan  gambaran sebenar akan kegigihan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam menggali dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Pengembaraan dalam kemiskinan tidak sekali-sekali mengahalangnya menimba pelbagai bidang ilmu.
Berkat kecekalan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, beliau akhirnya muncul sebagai ulama tersohor daripada kalangan bangsa 'Ajam. Ternyata latar belakang serta perjalanan hidup tokoh ini mampu memberikan inspirasi sekalu gus menyuntik semangat kita mendalami ilmu pengetahuan dengan segenap usaha yang ada. Buku ini sesuai dijadikan bacaan umum bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan ilmu. Bahasa dan penyampaian yang mudah juga memberikan keselesaan kepada pembaca umum untuk menjadikannya sebagai seumber rujukan.
Biografi Tokoh Dakwah: Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani Muhaddith Abad Ke-20
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun : 2015
ISBN : 9789834611249
Harga : RM40.00