Buku Teks Tahun 2019
Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.
Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.
Wednesday, 22 October 2014
Sedekah Luar Biasa
Penulis : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−38-8169−7
Tahun: 2014
Harga: RM20.00
Sinopsis
Sedekah bukan sahaja berbentuk kewangan dan harta benda. Bahkan sedekah mencakupi aspek tenaga, usaha, tindakan, ketelusan dan ketulusan dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat serta umat manusia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap kebaikan dan kebajikan itu adalah sedekah.” Inilah prinsip yang mesti dipegang oleh setiap Muslim agar setiap detik kehidupan itu terus-menerus diberi ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Ingatlah, derma daripada seorang yang sedikit hartanya lebih besar ganjarannya daripada derma individu yang banyak hartanya. Lalu, apa lagi alasan kita sebagai Muslim? Bersedekahlah sebelum sampai nyawa di kerongkong.…Adakah si kaya ini gila kerana mendermakan wang yang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk dengan pencarian wang secara mementingkan diri tanpa sebarang pemberian?
Biografi Penulis
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya dan seterusnya Sarjana (MA) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (pengkhususan dalam bidang Fiqh Mua‘malat dan Maqasid Syariah) dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan PhD dari University of Wales, United Kingdom. Juga mempunyai ijazah ilmiyyah dari Sheikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi. Kini beliau bertugas sebagai Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Pada masa yang sama beliau berfungsi sebagai Ahli Majlis Pengurusan, Institut Perbankan & Kewangan Islam UIAM, Ahli Lembaga Pengarah Al Naqiy Islamic Solution Sdn. Bhd., Konsultan Shariah Siraj Capital Jeddah, Penasihat Shariah di ACR Re Takaful Bahrain, Associate Lecturer dan Certified Trainer di The Markfield Institute of Higher Education, Leceister, United Kingdom, Penasihat Shariah Yasmin Holdings Malaysia, Telaga Biru Sdn. Bhd. dan beberapa syarikat korporat lain di Malaysia. Beliau aktif menulis buku, sehingga kini beliau mempunyai 15 buah buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Beliau juga merupakan kolumnis Majalah Solusi, Majalah i, Majalah Fardhu ’Ain, Majalah al-Ustaz dan Majalah Iktisad. Selain itu, beliau juga kerap muncul di media seperti Slot Bicara Muamalat di Radio ikim.fm (setiap hari Rabu jam 5.15 hingga 6 petang), Slot Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Muqaddimah di TV 9, Slot Al-Kuliyyah di TV3, Slot Assalamualaikum dan Bicara di TV Al-Hijrah, Selamat Pagi Malaysia di RTM, dokumentari di Al-Jazeerah International dan lain-lain. Beliau juga dinobatkan sebagai Pemenang Web Islam Islamik Individu Terbaik oleh Anugerah Media Islam Negara 2009 melalui laman web beliau www.zaharuddin.net yang mempunyai pengunjung setiap hari seramai berbeza (unique visitors) purata 5000 orang. Facebook fan beliau iaitu zaharuddin.net hingga kini disukai (like) oleh 330 000 orang.
Panduan Perbankan Islam, Kontrak & Produk Asas
Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit: Telaga Biru
Tahun: 2009
ISBN: 978−967−51-0243−1
Harga: RM20.00
Sinopsis
Semakin banyak pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang kewangan dan perbankan Islam sama ada daripada kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir. Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti di peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah. Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.
Riba Dan Isu Kewangan Islam
Penulis: Dr. Zaharudin Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−51-0290−5
Tahun: 2010
Harga: RM20.00
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−51-0290−5
Tahun: 2010
Harga: RM20.00
Sinopsis
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar.
Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’.
Subscribe to:
Posts (Atom)