RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Tuesday 6 March 2018

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan



Kamus Besar Arab-Melayu Dewan
Panel Penulis/Penyelenggara: DBP
Penerbit: DBP
NO. KK: 4297108965101
ISBN: 9836288252
Tahun: 2017
Halaman: 2717
Berat: 2.6 Kg
Harga : RM130.00 

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan ini disusun oleh sekumpulan sepuluh orang pakar bahasa Arab daripada beberapa buah universtiti tempatan yang diketuai oleh Haji Othman Khalid, mantan profesor madya di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus ini mengandungi lebih 54,000 entri. Ia disusun berpandukan beberapa kamus arab ekabahasa yang termashyur seperti Al Mu'jam Al Wasid, Al Munjid, dan Al Mu'jam Al Arabi Al Asasi. Entri serta sub entri daripada kamus-kamus itu diberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai dengan penggunaan dalam dunia akademik dan komunikasi harian terkini. Untuk menambah kejelasan makna entri, ayat Al Quran dan hadis serta misal arab diberikan pada entri tertentu. Dengan sifat demikian, kamus ini mampu memenuhi keperluan penterjemah, golongan profesional, pelajar dan orang awam.