RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Tuesday 6 March 2018

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan



Kamus Besar Arab-Melayu Dewan
Panel Penulis/Penyelenggara: DBP
Penerbit: DBP
NO. KK: 4297108965101
ISBN: 9836288252
Tahun: 2017
Halaman: 2717
Berat: 2.6 Kg
Harga : RM130.00 

Kamus Besar Arab-Melayu Dewan ini disusun oleh sekumpulan sepuluh orang pakar bahasa Arab daripada beberapa buah universtiti tempatan yang diketuai oleh Haji Othman Khalid, mantan profesor madya di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus ini mengandungi lebih 54,000 entri. Ia disusun berpandukan beberapa kamus arab ekabahasa yang termashyur seperti Al Mu'jam Al Wasid, Al Munjid, dan Al Mu'jam Al Arabi Al Asasi. Entri serta sub entri daripada kamus-kamus itu diberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai dengan penggunaan dalam dunia akademik dan komunikasi harian terkini. Untuk menambah kejelasan makna entri, ayat Al Quran dan hadis serta misal arab diberikan pada entri tertentu. Dengan sifat demikian, kamus ini mampu memenuhi keperluan penterjemah, golongan profesional, pelajar dan orang awam.

Wednesday 1 November 2017

Stories of Aspiring Entrepreneurs


Stories of Aspiring Entrepreneurs
Author: Habibullah Khong Sow Kee
Self Publishing
ISBN: 9789671386729
Year: 2017
Pages: 328
Weight: 577g
Price : RM46.00 

Monday 21 March 2016

Bacalah Adikku - 12 Cerita Menyeronokkan

Bacalah Adikku - 12 Cerita Menyeronokkan






Penerbit: Scholar's
ISBN: 9789673420674
Harga: RM29.90
Berat: 515 gram

Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 buah cerita yang menyeronokkan. Setiap cerita mempunyai tema yang berlainan.

Kandungan dalam buku ini menggunakan perkataan-perkataan yang kerap kali disebut dalam Bahasa Melayu. Sesuai dijadikan sebagai permulaan mempelajari kosa kata baharu agar kanak-kanak mudah membaca.

Thursday 2 April 2015

Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari






Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari
Penulis: Ishak Suliman, Mohd Murshidi Mohd Noor
ISBN: 978-983-46-1553-6
Tahun: 2015
Harga: RM20.00
Berat: 200g
Penerbit: DBP







Sinopsis

Antara persoalan yag sering dikemukakan berkaitan Imam al-Bukhari ialah, "Adakah Imam al-Bukhari sebagai tokoh ilmuan hadith turut mempunyai ketokohan dalam aspek fiqh?" "Benarkah fiqh al-Bukhari merupakan Fiqk-al-Shafi'i?" Apakah Usul al-Ijtihad Imam al-Bukhari?" " Apakah contoh ijtihad  Imam al-Bukhari" Semua persoalan ini sebenarnya telah dikemukakan oleh ramai pengkaji Muslim dan juga bukan Muslim sejak zaman berzaman. Oleh itu, buku Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari ini dapat menjawab semua persoalan ini. Buku ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, khususnya dari aspek analisis fakta berkaitan fiqh al-Bkhari, usul ijtihad dan contoh ijtihad Imam al-Bukhari yang bersumberkan kitab hadith beliau, iaitu Sahih al-Bukhari.
Penulis buku ini, Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman ialah Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor pula ialah pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Wednesday 25 March 2015

Biografi Tokoh Dakwah: Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani Muhaddith Abad Ke-20

Buku Biografi Tokoh Dakwah: Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani Muhaddith Abad Ke-20 ini membawa pembaca menelusuri kisah hidup seorang ulama tersohor serta memberikan  gambaran sebenar akan kegigihan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam menggali dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Pengembaraan dalam kemiskinan tidak sekali-sekali mengahalangnya menimba pelbagai bidang ilmu.
Berkat kecekalan Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, beliau akhirnya muncul sebagai ulama tersohor daripada kalangan bangsa 'Ajam. Ternyata latar belakang serta perjalanan hidup tokoh ini mampu memberikan inspirasi sekalu gus menyuntik semangat kita mendalami ilmu pengetahuan dengan segenap usaha yang ada. Buku ini sesuai dijadikan bacaan umum bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan ilmu. Bahasa dan penyampaian yang mudah juga memberikan keselesaan kepada pembaca umum untuk menjadikannya sebagai seumber rujukan.
Biografi Tokoh Dakwah: Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani Muhaddith Abad Ke-20
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun : 2015
ISBN : 9789834611249
Harga : RM40.00

Tuesday 24 February 2015

Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim




Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim

ISBN: 978-967-0618-39-5
Berat: 500g
Harga: RM22.90
Penerbit: Darul Mughni Trading








Sinopsis

Buku “Panduan Lengkap Solat untuk Anak Muslim” menyediakan panduan lengkap lagi khusus bagi ibadah solat. Solat merupakan tiang agama. Solat fardu diwajibkan ke atas setiap Muslim yang baligh dan berakal sebanyak lima kali sehari. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat yang maksimum kepada para pembaca. Semoga akan lahir generasi muda yang khusyuk di dalam solat. Insya Allah.

Menjadi Remaja Smart Study: Persediaan Minda Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang







ISBN: 983-3372-79-1
Tahun :2006
Jumlah Muka Surat : 192
Penerbit: PTS MILLENNIA
Harga: RM14.90











SINOPSIS

Halangan minda menutup mata anda daripada melihat potensi diri sendiri. Hapuskan halangan minda maka tidak akan ada batasan terhadap segala kejayaan yang boleh anda kecapi.

ISI KANDUNGAN
Prakata
Pengenalan kepada Smart Study Tools
1. Pengenalan Smart Study Tools
2. Keperluan Memiliki Peralatan Lengkap
3. Konsep Smart Study Tools
4. Pengenalan Persediaan Minda

Langkah 1 : Musnahkan VCD Lama
5. Hapuskan Segala Halangan Minda
6. Ketahui Gaya Belajar Anda
7. Hormati Guru Anda
8. Gagal Mencapai Kejayaan

Langkah 2 : Cipta VCD Baru
9. Menetapkan Matlamat
10. Latihan Imaginasi Kejayaan
11. Berfikiran Positif
12. Meniru bagi Mencapai Kejayaan

Langkah 3 : Mainkan VCD Baru
13. Bersedia untuk Berubah
14. Mengurus Tekanan Perasaan
15. Kekuatan Disiplin

Penutup
Biodata Pengarang