RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Wednesday 22 October 2014

Sedekah Luar Biasa

Penulis : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−38-8169−7
Tahun: 2014
Harga: RM20.00

Sinopsis
Sedekah bukan sahaja berben­tuk kewan­gan dan harta benda. Bahkan sedekah men­cakupi aspek tenaga, usaha, tin­dakan, ketelu­san dan ketu­lu­san dalam usaha mele­barkan man­faat buat diri, masyarakat serta umat manusia.

Sabda Rasu­l­ul­lah SAW yang bermak­sud, “Setiap kebaikan dan keba­jikan itu adalah sedekah.” Ini­lah prin­sip yang mesti dipegang oleh setiap Mus­lim agar setiap detik kehidu­pan itu terus-​menerus diberi gan­jaran pahala yang besar di sisi Allah. Ingat­lah, derma dari­pada seo­rang yang sedikit har­tanya lebih besar gan­jaran­nya dari­pada derma indi­vidu yang banyak har­tanya. Lalu, apa lagi alasan kita seba­gai Mus­lim? Bersedekahlah sebelum sam­pai nyawa di kerongkong.…Adakah si kaya ini gila ker­ana men­der­makan wang yang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk den­gan pen­car­ian wang secara mement­ingkan diri tanpa sebarang pemberian?

Biografi Penulis
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman men­da­pat ijazah Sar­jana Muda dalam bidang Usu­lud­din dari Uni­ver­siti Malaya dan seterus­nya Sar­jana (MA) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (pengkhusu­san dalam bidang Fiqh Mua‘malat dan Maqasid Syariah) dari Uni­ver­siti Al-​Yarmouk, Jor­dan dan PhD dari Uni­ver­sity of Wales, United King­dom. Juga mem­pun­yai ijazah ilmiyyah dari Sheikh Prof. Dr Yusuf al-​Qaradawi. Kini beliau bertu­gas seba­gai Peno­long Pro­fe­sor di Uni­ver­siti Islam Antara­bangsa Malaysia, Kul­liyyah Ekonomi dan Sains Pen­gu­ru­san. Pada masa yang sama beliau berfungsi seba­gai Ahli Majlis Pen­gu­ru­san, Insti­tut Per­bankan & Kewan­gan Islam UIAM, Ahli Lem­baga Pen­garah Al Naqiy Islamic Solu­tion Sdn. Bhd., Kon­sul­tan Shariah Siraj Cap­i­tal Jed­dah, Penasi­hat Shariah di ACR Re Taka­ful Bahrain, Asso­ciate Lec­turer dan Cer­ti­fied Trainer di The Mark­field Insti­tute of Higher Edu­ca­tion, Leceis­ter, United King­dom, Penasi­hat Shariah Yas­min Hold­ings Malaysia, Telaga Biru Sdn. Bhd. dan beber­apa syarikat kor­po­rat lain di Malaysia. Beliau aktif menulis buku, sehingga kini beliau mem­pun­yai 15 buah buku dalam bahasa Melayu, Ing­geris dan Arab. Beliau juga meru­pakan kolum­nis Majalah Solusi, Majalah i, Majalah Fardhu ’Ain, Majalah al-​Ustaz dan Majalah Ikti­sad. Selain itu, beliau juga kerap muncul di media seperti Slot Bicara Mua­malat di Radio ikim​.fm (setiap hari Rabu jam 5.15 hingga 6 petang), Slot Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Muqad­dimah di TV 9, Slot Al-​Kuliyyah di TV3, Slot Assala­mualaikum dan Bicara di TV Al-​Hijrah, Sela­mat Pagi Malaysia di RTM, doku­men­tari di Al-​Jazeerah Inter­na­tional dan lain-​lain. Beliau juga dino­batkan seba­gai Peme­nang Web Islam Islamik Indi­vidu Ter­baik oleh Anugerah Media Islam Negara 2009 melalui laman web beliau www​.zaharud​din​.net yang mem­pun­yai pen­gun­jung setiap hari sera­mai berbeza (unique vis­i­tors) purata 5000 orang. Face­book fan beliau iaitu zaharud​din​.net hingga kini disukai (like) oleh 330 000 orang.

Panduan Perbankan Islam, Kontrak & Produk Asas


Penulis: Ustaz Zaharud­din Abd. Rahman
Penerbit: Telaga Biru
Tahun: 2009
ISBN: 978−967−51-0243−1
Harga: RM20.00

Sinopsis

Semakin banyak pihak mula menun­jukkan minat yang tinggi untuk mem­pela­jari bidang kewan­gan dan per­bankan Islam sama ada dari­pada kalan­gan para ulama, peguam, ahli akademik, usa­hawan kor­po­rat, orang awam dan pela­jar uni­ver­siti. Berti­tik tolak dari­pada keper­luan itu, lahirlah buku ini seba­gai satu usaha Zaharud­din Abd. Rah­man untuk mem­bantu mem­berikan kefa­haman den­gan lebih baik iaitu den­gan menampilkan­nya den­gan bahasa dan pen­eran­gan yang mudah dan seder­hana, namun cukup untuk mema­hami aplikasi sese­buah kon­trak den­gan gam­baran awal sehingga akhir. Mengam­bil petikan-​petikan dari kitab silam, moden dan res­o­lusi badan-​badan fatwa berautoriti di per­ingkat nasional dan dunia, agar man­faat yang lebih sem­purna mampu diper­olehi oleh para pem­baca, khusus­nya para ilmuan syariah. Mengutarakan jawa­pan kepada beber­apa soalan kerap ten­tang sese­buah pro­duk. 

Riba Dan Isu Kewangan Islam




Penulis: Dr. Zaharudin Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−51-0290−5
Tahun: 2010
Harga: RM20.00

Sinopsis
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar.
Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’.

Tuesday 30 September 2014

ENSIKLOPEDIA SIRAH

PROMOSI GEMPAK


JILID 1 - 8
Penerbit : DBP
Harga : RM800

HARGA PROMOSI
RM 500 (set) termasuk POS (parcel)

1 set SAHAJA

BUKU BESAR TENTANG

PROMOSI GEMPAK

Alam Semula jadi
Harga : RM40

Sains Teknologi
Harga : RM40

Kehidupan Haiwan
Harga : RM40

Bintang dan Planet
Harga : RM40

Satu set (4 buah) RM160
Kulit keras
Berat ± 3 kg

HARGA PROMOSI
RM 80 (4 buah) termasuk POS (poslaju)

3 set SAHAJA

Friday 26 September 2014

Biografi Tokoh Dakwah: Dr.Yusuf Al-Qaradhawi



Biografi Tokoh Dakwah: Dr.Yusuf Al-Qaradhawi 
Penulis/Penyelenggara: Mohamad Kamil Ab.Majid, Mat Zain Ab.Ghani, Mohamad Zaidi Abdul Rahman
Penerbit: DBP
ISBN: 9789834605964
Tahun: 2013
Halaman: 293

Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang kisah hidup Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Sejarah hidupnya yang penuh tragik tidak langsung melemahkan semangatnya untuk menegakkan syiar Islam. Ketabahan dan ketokohannya menjadi inspirasi dan idola sejagat. Keterlibatannya dalam pelbagai bidang menjadikannya pakar sandaran hukum sementara kesungguhannya memecahkan kebuntuan umat menghasilkan fatwa yang menjadi panduan umat seluruh dunia.


Wednesday 27 August 2014

Biografi Tokoh Dakwah: Ibnu Taimiyyah - Perjuangan dan Pemikirannya Memurnikan Islam

Biografi Tokoh Dakwah: Ibnu Taimiyyah - Perjuangan dan Pemikirannya Memurnikan Islam

Biografi Tokoh Dakwah: Ibnu Taimiyyah - Perjuangan dan Pemikirannya Memurnikan Islam 

Penulis/ Penyelenggara :
Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid,
Mat Zain Ab. Ghani, Hasan Jali

Penerbit: DBP
ISBN: 9789834604813
Tahun: 2010
Halaman: 268
Harga: 35.00

Sinopsis

"Di antara imam yang memberikan petunjuknya kepada umat manusia dan memiliki tonggak yang kuat dalam memahami keutamaan fahaman perbandingan ialah Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah (m. 728 H.) yang kemudian diikuti oleh muridnya al-Muhaqqiq al-Imam Ibnu al-Qawwim (m. 751 H.)

Dalam buku-buku, risalah, fatwa dan pendiriannya, Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah memiliki jasa yang banyak dan amat baik untuk dipergunakan sebagai bukti yang sangat memuaskan, kerana perkara-perkara itu berkaitan dengan sumber petunjuk Ilahi dan petunjuk Nabi".
                                                                                                                                                                                  Yusuf al-Qaradhawi

Friday 27 June 2014

Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang

Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang

Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang 

PENULIS / PENYELENGGARA:
Mohamad Kamil Ab Majid, Norafifah Ab Hamid, Norhidayah Mohammad
PENERBIT:  DBP
ISBN: 9789834604660
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 219
Harga: RM35.00

"Aku berasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon keampunan kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun perkataan-perkataan itu akan dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sekali-kali aku tidak akan mengucapkannya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Dia meredai aku dan aku meredai-Nya.
"Andainya pemenjaraanku ini adil dan dilakukan secara hak, aku bergembira dengannya ini adalah takdir Allah tetapi andainya aku dipenjara secara batil, aku sekali-kali tidak akan melutut memohon keampunan atau keringanan".
(Sayyid Qutb)

Tuesday 14 January 2014

Rahsia Yahudi Dalam Filem

Rahsia Yahudi Dalam Filem
Penulis : IbnuYaacob
ISBN : 978-967-5989-025
Tebal m/s : 199
Tahun Terbit 2013
Harga : RM 34.00
Penerbit : MoonMedia


Sinopsis
Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakat sesebuah negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun. Ia adalah agenda utama Illuminati. Ia adalah rancangan rahsia Dajjal."






  • Simbol mata dan piramid Dajjal yang tersembunyi dalam pelbagai filem.
  • Projek besar Dajjal untuk mengawal minda dirancang melalui filem
  • Folem-filem Alien yang dirancang khusus oleh ahli-ahli Freemason.
  • Pirates of the Caribbean dan kisah Nabi Khidir yang berumur panjang.
  • Dajjal dan agenda pembinaan komputer gergasinya untuk mengawal manusia seluruh dunia.
  • Bagaimana Hollywood mendidik penonton bersikap anti kewujudan Tuhan.
  • Lord of the Rings dan peristiwa kehilangan cincin Nabi Sulaiman a.s.
  • Pelakon Harry Potter tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.
  • Steven Spielberg adalah ahli mesyuarat tetap organisasi elit Yahudi.
  • Tanda-tanda peristiwa 11 September 2001 di dalam filem yang tidak disedari masyarakat seluruh dunia.

" Kajian filem pertama di Malaysia " ( Versi teori konspirasi )




Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal

Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal
Penulis         : Ibnuyaacob
Penerbit       : Moon Media Enterprise
Tahun            : 2012
Pengulas      : Mohd Dahri Zakaria

Sinopsis:
Buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling bahaya dalam dunia sekarang, Rothschild, dari permulaan hidup yang sederhana menjadi keluarga jutawan paling kaya dan terpengaruh seluruh dunia dan memberi tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia. Hal ini tidak sahaja terikat kerana wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi ia turut mengaitkan perjanjian yang lebih purba dari tawarikh, iaitu Dajal Laknatullah sendiri. Ia bermula tentang seorang lelaki Yahudi dari suku Ashkenazi yang mana seluruh keturunannya menguasai dunia sehingga sekarang dari sisi belakang tabir dengan pengaruh dan kekayaan yang luarbiasa selama lebih 200 tahun.

Ia memuatkan 22 bab dengan sebahagian besar daripada kandungan berkenaan dipecahkan mengikut wilayah kekuasaan mereka serta hubungannya dengan peristiwa-peristiwa besar dunia yang pernah berlaku. Perang Napoleon, Perang Dunia Pertama, keruntuhan khalifah Uthmaniyyah, pensekularisasi Mesir, penjajahan dunia, holocaust, Revolusi China, Revolusi Perancis, pemodenan Jepun, penubuhan Arab Saudi, pembentukan Israel dan Palestin semuanya berkait rapat dengan keturunan Rothschild.

Rothschild adalah nama dalam bahasa Jerman dan terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu Roth dan Schild. Menurut kamus nama Jerman, Roth bermaksud rambut merah atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa Yahudi suku Ashkenazi yang mempunyai rambut merah. Manakala dalam kepercayaan klasik Eropah, Roth adalah gelaran kepada kanak-kanak hasil sumbang mahram. Dalam hujah buku ini, mereka mengambil hujah bahawa Roth itu bermaksud “anak sumbang mahram”.
Schild adalah ungkapan yang dalam kamus Jerman membawa maksud seseorang yang hebat yang tinggal di dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tanda-tanda ketokohan yang tiada tolak bandingnya. Jika diteliti pada bunyi ungkapan Schild, bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.
Dalam menterjemahkan teori ini, mereka mengambil hipotesis bahawa maksud nama Schild sebenarnya merujuk kepada Dajjal yang tinggal di dalam sebuah biara yang mana dirinya dijumpai oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan di dalam hadith riwayat Imam Muslim.

Maka berdasarkan ketetapan takrifan tersebutlah mereka menyimpulkan bahawa nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud “Dajjal si anak haram yang berambut kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.”

Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi. Langkah ini sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan tergadai semua harta.

Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang yang berlipat kali ganda. Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.

Antara bab yang sangat kontroversi dalam buku ini adalah bab 12, berkenaan perkaitan perintis Salafi Muhammad bin Abdul Wahhab-Ibn Saud, keturunan pemerintah kerajaan Arab Saudi sekarang dengan Illuminati/Freemason serta penggerak kaum muda, Syed Jamaludin Afghani sebagai antara Ketua Lodge Freemason yang memaparkan bagaimana bertahun-tahun di Malaysia, kelompok yang membawa faham ‘kaum tua’ masih bertahan menolak perjuangan ‘kaum muda’ atas sebab-sebab yang mereka sedari bahayanya.

Ia bermula bila Sheikh Muhammad Rasyid Redha, pengarang tafsir Al-Manar telah mengeluarkan fatwa baru tentang keharusan dalam pengambilan riba untuk kegunaan pemerintah dalam urusan pentadbirannya. Ijtihad ini telah mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat dikalangan agamawan sehingga mencetuskan konflik dan merintis kepada kewujudan dua puak yang masing-masing dinamakan sebagai ‘kaum muda’ dan ‘kaum tua’.

Penulisnya Ibnuyaacob menulis dengan telus dan ringan, menjadikan pembacaan kita lancar dan jelas. Semua fakta diceritakan dengan cermat tanpa mendatangkan keraguan terhadap kredibiliti penulis.
Buku yang menarik sebagai persuratan teori konspirasi ala Islam yang berkaitan kuasa Yahudi-Zionis merancang peristiwa mendatang pada akhir zaman.

Kaedah Merawat Santau



Kaedah Merawat Santau
Penulis:  Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan, Azizan  Ramly
ISBN: 978-967-366-200-5
Tarikh Terbit: 30 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 128
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sinopsis
Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat. 
Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia. 
Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu'arak ayat 80 yang bermaksud, "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."

Saturday 11 January 2014

Jurnal Inspirasi Diri

Jurnal Inspirasi Diri
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Penerbit: As-Sohwah Publication   
ISBN: 978-967-0466-00-2  
Harga: RM15

Sinopsis
Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda. Turut di muatkan bersama jurnal ini, kata-kata motivasi sebagai pencetus kekuatan dan membakar semangat yang akan memberikan hasil dan impak yang besar kepada hidup anda. Anda akan teruja kerana ia pasti akan memberikan perubahan kepada hidup anda!
Jika anda masih tercari-cari satu aset untuk memulakan perubahan dalam hidup, 

Jurnal ini merupakan pilihan terbaik buat anda sebagai peneman setia agar anda dapat: 
Belajar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan keputusan kepada hidup anda.Menghentikan tabiat negatif serta-merta
Menggunakan kekuatan minda untuk membuat perubahan
Membina fikiran positif di samping membuka ‘mata hati’ anda. 

Meningkatan kekuatan dalaman diri melalui pendekatan kerohanian

*****

Bahagia & Membahagiakan


Bahagia & Membahagiakan
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication  
ISBN: 978-967-1036-57-0  
Harga: RM25

Sinopsis
Menjadi impian setiap insan untuk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan insan lain, lebih utama lagi kebahagiaan perlu dicapai dalam keluarga masing-masing.
*****

Mata Akal Mata Hati


Mata Akal Mata Hati
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication 
ISBN: 978-967-0466-04-0
Harga: RM25

Sinopsis
Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapaikesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain daripada kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kit ajuga perlu berusaha untuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya, baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga, peribahasa Melayu mengatakan: "dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh".

Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untuk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikir negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insyaAllah perjalanan hidup kita akan jelas.

Ambillah iktibar daripada para ulama pada zaman Rasulullah SAW seperti Hasan al-Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, "Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran". Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. Maka itu, marilah sama-sama kita set semula (reset) minda, ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah.

Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. Berfikir secara positif dan bertindak secara positif. InsyaAllah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Itulah janji Allah kepada hambaNya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baharu dalam hidup anda.


*****

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck
Penulis:Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
Penerbit: PSN Publications Sdn. Bhd
ISBN: 978-967-11599-9 
Harga: RM 16.00
Tebal: 217 Halaman

Sinopsis
Buku genre cinta karya Hamka atau nama penuhnya Haji Abdul KarimAmrullah ini mengisahkan cinta murni yang tidak kesampaian pemuda miskin, Zainuddin yang tidak memiliki saudara-mara terhadap gadis keluarga berada bernama Hayati yang cantik, sopan santun dan berbudi pekerti mulia.

Terpikat dengan kecantikan Hayati, Zainuddin cuba meminang gadis pingitan itu tetapi ditolak kerana cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Gadis yang dianggap bunga dalam rumah adat ini sebaliknya dijodohkan dengan anak keluarga orang berada, Aziz yang dikatakan lebih layak.
 

Sedih kerana pinangannya ditolak kerana dianggap tidak memiliki harta, tidak punya susur galur keturunan yang baik serta tiada beradat, Zainuddin Membawa diri kekota Jakarta dan mencuba nasib sebagai penulis di sebuah syarikat akhbar.

 

Tidak sampai setahun, penulisannya mendapat sambutan lalu dia kemudiannya ke kota Surabaya dan menulis dengan menggunakan gelaran ‘Z’. Di sini, Zainuddin dikenali ramai dan mengumpul banyak harta serta kenalan.

 

Disebabkan penulisannya baik dan lenggok bahasanya sangat menawan, dia semakin terkenal. Tanpa disangka-sangka, pada suatu pertunjukan pentas yang dikarang oleh Zainuddin, tiga anak muda; Hayati, Aziz dan Zainuddin ditakdirkan bertentang mata.

 

Hayati tergamam kerana bertemu dengan kekasih lamanya. Bermulalah kisah cinta yang menyayat hati antara dua insan yang pasrah dengan takdir yang ditentukan Allah ke atas mereka. Apakah yang berlaku ke atas Aziz? Bagaimana keadaan Hayati selepas bertemu semula dengan Zainuddin dan apakah yang bermain dalam fikiran Zainuddin selepas dia ditakdirkan bertemu semula dengan ‘kehidupannya.’

 
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck adalah sebuah novel yang ditulis oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan nama Hamka. Novel ini mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbedaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.

Novel ini pertama kali ditulis oleh Hamka sebagai cerita bersambung dalam sebuah majalah yang dipimpinnya, Pedoman Masyarakat pada tahun 1938. Dalam novel ini, Hamka mengkritik beberapa tradisi yang dilakukan oleh masyarakat pada saat itu terutama mengenai kawin paksa. Kritikus sastra Indonesia Bakri Siregar menyebut Van der Wijck sebagai karya terbaik Hamka, meskipun pada tahun 1962 novel ini dituding sebagai plagiasi dari karya Jean-Baptiste Alphonse Karr berjudul Sous les Tilleuls (1832).
Diterbitkan sebagai novel pada tahun 1939, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck terus mengalami cetak ulang sampai saat sekarang. Novel ini juga diterbitkan dalam bahasa Melayu sejak tahun 1963 dan telah menjadi bahan bacaan wajib bagi siswa sekolah di Indonesia dan Malaysia.

Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?

Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?
Penulis : Ummu Ammar
Harga: RM 9.00
ISBN: 978-967-388-082-9
Mukasurat: 58 ms

Sinopsis
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki?  Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini. Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini, dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lagi, insya-Allah. Jom anak-anak, kita jadi soleh dan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.

Formula Solat Sempurna


Formula Solat Sempurna
Penulis : Dr Zaharuddin Abd Rahman
Harga: RM 28.00
ISBN: 978-983-3494-98-9
Mukasurat: 216 ms
 
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari.

Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. 

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. 

Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Bicara Ini Demi Ilahi



Bicara Ini Demi Ilahi
Oleh: Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat


Penerbit: Karangkraf
Harga : RM 19.90
ISBN : 978-967-86-0413-0
Halaman : ~ 304
Berat : 400 gm
Tarikh Terbit : 31 Mac 2013

Sinopsis
ALLAH Maha Benar. Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan. Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan. Ya, bicara yang penuh berhemah. Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa. Nasihat dikatakan tiada gunanya.


Maka biarkanlah diri ini berbicara hanya demi DIA, Maha Pencipta. Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati. Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati, di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Antara Pengisian Menarik:
• Izinkan Aku Berbicara
• Bicara Ini Demi DIA
• Bicara Ini Demi Umat
• Bicara Ini Demi Nurani
• Bicara Ini Demi Akhlak
• Bicara Ini Demi Anak Kita
• Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
• Andai Mampu Lagi Aku Bicara