RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Friday 16 January 2015

Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang : Halal Haram




Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang : Halal Haram 
Penerbit : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Tahun Keluaran : 2006
Bilangan Mukasurat : 226
Harga : RM23.00
Sinopsis
Isu halal dan haram dalam sumber makanan umat Islam menjadi perkara penting dalam kehidupan Islam yang mementingkan keberkatan dan kesihatan. Umat Islam mesti mencari yang halal dalam urusan harian. Dalam pencarian itu ilmu dan maklumat tepat perlu ada dan dicari terlebih dahulu. Dalam buku ini banyak maklumat yang boleh kita dapat dan kongsikan bersama.

"Isu kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada masyarakat Islam. Bagi orang Islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius.

Justeru, buku hasil penyelidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini, pada hemat saya, akan mengisi keperluan masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat Islam kerana ia dijelaskan secara saintifik."

-Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia


Kandungan Buku:-

- Kolagen daripada banduan yang ditembak mati, uri dan janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik
- Hampir 3,000 bahan penambah digunakan dalam makanan, banyak yang diperolehi daripada binatang atau sumber yang meragukan. Ini termasuklah :
- Derivatif rambut manusia ditambah ke dalam roti dan piza.
- Pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda.
- Serbuk plasma darah diperolehi daripada darah dari rumah sembelihan digunakan untuk membuat bebola ikan, burger dan daging yang diproses.
- Gelatin dalam banyak makanan dan bukan produk makanan.
- DNA babi dalam gelatin ditemui dalam daging ayam bahagian dada, dan gelatin terkandung dalam lain-lain produk berdaging.
- Status makanan yang dipersoalkan di hotel dan restoran.
- Logo halal palsu pada banyak produk makanan.
- Banyak logo halal yang berbeza ditemui di pasaran. Yang mana satu boleh dipercayai.
- Simulasi pati najis dalam rokok.
- Pinggan mangkuk daripada abu tulang.
- Berus daripada bulu babi sementara beg tangan, sarung tangan dari