RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Monday, 30 January 2012

Bacalah Sayang (1 - 12)



Penulis: Panel Panulis DBP


Buku ini ialah siri bacaan untuk kanak-kanak sesuai dibacakan kepada kanak-kanak sebelum tidur. Buku ini mampu meransang imaginasi kanak-kanak dan menanam sikap positif dalam pembentukan peribadi mereka.

BACALAH SAYANG
(1 – 12)

Satu set (12 buah) RM180
Kulit lembut (dalam kotak)
Berat ± 2.7 kg


Monday, 9 January 2012

Tafsir Mubin (Jilid 1 - 6)

PROMOSI GEMPAK


Tafsir Mubin Jilid 1-6 (Set) 
Harga : RM600 .00

Penulis/Penyelenggara:
Salahuddin Abdullah, Omar Khali
Penerbit: DBP
Tahun : 2009
Halaman: 2966 

Berat : 6.5 kg
Pos laju (SM) : RM32
Parcel (SM) : RM14.50



Kitab tafsir terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sesuai untuk Pemimpin, Ulamak, Ahli Akademik, Pensyarah, Mahasiswa, Guru, Pegawai Kerajaan dan wasta serta untuk menimba ilmu Al Quran dalam kalangan keluarga mukmin. Jadikanlah ‘TAFSIR MUBIN’ sebahagian daripada bahan rujukan dalam perpustakaan anda.

HARGA PROMOSI
RM 320 (set) termasuk POS (poslaju)


1 set SAHAJA

Saturday, 5 November 2011

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Penerbit : PTS
Harga : RM15.00

Sinopsis
Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa hasil tulisan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus laris di pasaran walaupun baru beberapa minggu diterbitkan.
Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku.
Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia.
Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.
Untuk dapatkan buku ini, sms saya 013-9339 836

Wednesday, 2 November 2011

Ensiklopedia Solat


Penulis : Panel Penulis
Harga : RM100

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

Thursday, 27 October 2011

Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir (al-Bidayah wa al-Nihayah li Ibn Kathir)


Harga : RM50 sebuah / RM350 bagi 7 jilid
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), 2005
Tajuk asal : al-Bidayah wal al-Nihayah

BAKI STOK : JILID 5, 6, 12, 13 shj

Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir ialah karya terjemahan yang sah daripada buku al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Abu al-Fida' al-Hafiz Ibn Kathir terbitan Maktabah al-Ma'arif, Beirut, Lubnan. Sebuah karya terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), cetakan 2005.

Kami hanya memiliki 8 jilid dari kitab agung ini iaitu Jilid 4,Jilid 5, Jilid 6, Jilid 7, Jilid 12, Jilid 13 dan Jilid 14 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki kitab ini, kami tawarkan dengan harga RM50 sahaja bagi satu jilid atau RM350 bagi 7 jilid.

Kandungan setiap jilid
Untuk memudahkan peminat kitab ini mengetahui isi kandungannya, disenaraikan di sini isi kandungan bagi setiap jilid dari kitab al-Bidayah wa al-Nihayah:-

Jilid 4 mengandungi 6 bab iaitu :-
Bab 1 - Tahun ke-3 Hijrah - Kisah Perang Najd, Perang al-Furu' di Buhran, Perang Uhud sehingga berakhirnya perang Uhud.
Bab 2 - Tahun ke-4 Hijrah - Kisah Sariyyah Abu Salamah, Pernag Bani Nadir sehingga Perang Badar
Bab 3 - Tahun ke-5 Hijrah - Perang Dawmah al-Jandal, Perang Khandaq, Pembunuhan Khalid ibn Sufyan al-Hudhaliy, Kisah Amru ibn al-As dan al-Najasyi, Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Ummu Habibah, turunnya ayat mengenai hijab pada majlis perkahwinan Zaynab
Bab 4 - Tahun ke-6 Hijrah - Perang Bani Lihyan, Perang Dhu al-Qarad, Hadith al-Ifk hingga perang Hudaybiyyah.
Bab 5 - Tahun ke-7 Hijrah - Perang Khaybar, Mengepung orang Yahudi di Wadi al-Qura, Umrah al-Qada', Kisah perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Maymunah
Bab 6 - Tahun ke-8 Hijrah - Pengislaman Amru ibn al-As, Khalid ibn al-alid dan Uthman ibn Talhah, Perang Mu'tah, surat-surat Nabi Muhammad s.a.w. kepada raja-raja Arab dan Parsi, Pembukaan kota Makkah, Perang Hunayn sehingga pengislaman Ka'b ibn Zuhayr ibn Abu Salma.

Untuk tempahan sila hubungi 013-9339836 atau email kepada pustakaummi1011@gmail.com


Friday, 26 August 2011

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi-Nabi

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Adam
(10 Jilid)



Harga Asal: 16.00 sebuah
(1 set RM 160)


Harga Kami: RM8.00
(1 set RM 80)


PENULIS / PENYELENGGARA: Mohd Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott


PENERBIT: DBP

Tuesday, 23 August 2011

Siri Kegemilangan Anbiya' Kisah Nabi Isa Buku 3: Nabi Isa a.s. Dalam Kandungan

Harga Istimewa: RM5.00

Harga Asal: 20.00



PENULIS / PENYELENGGARA: Mohd Zaid Sani, Ayesha Abdullah Scott

PENERBIT: DBP

NO. KK: 2907 878871

ISBN: 9836263004

TAHUN TERBITAN: 2003

HALAMAN: 26





Kisah kali ini mengenai Maryam yang dikhabarkan akan melahirkan seorang anak lelaki bernama Isa. Maryam adalah seorang yang kuat beribadat. Beliau tinggal di dalam sebuah bilik di Haikal Sulaiman. Penjaganya yang juga pak ciknya ialah Nabi Zakaria a.s. Ketika pergi menjenguk Maryam di Haikal, Nabi Zakaria a.s. terkejut dan hairan kerana melihat di sisi Maryam terdapat buah-buahan segar yang di luar musim. Ketika itu musim sejuk tetapi buah-buahan yang berada di sisi Maryam ialah buah-buahan musim panas. Begitu juga setelah musim panas tiba, buah-buahan yang terdapat di sisi Maryam ialah buah-buahan musim sejuk. Hal ini menghairankan Nabi Zakaria a.s. Lalu baginda bertanya kepada Maryam dari mana dia mendapat buah-buahan tersebut. Maryam menjelaskan bahawa buah-buahan itu adalah anugerah rezeki dari Allah S.W.T. Ketika Maryam sedang asyik beribadat, dia telah didatangi oleh malaikat Jibril. Malaikat Jibril telah membawa berita bahawa Maryam akan mengandungkan seorang anak lelaki yang soleh dan akan menjadi nabi. Maryam kehairanan dan menyatakan bagaimana dia akan mengandung sedangkan dia tidak pernah di sentuh oleh lelaki. Malaikat Jibril menerangkan bahawa Allah berkuasa melakukan segala-galanya. Allah telah menjadikan Nabi Adam tanpa ayah dan ibu dan Allah juga menjadikan Hawa tanpa ibu. Setelah menerangkan keadaan itu, malaikat Jibril telah meniupkan roh ke dalam rahim Maryam. Bagaimanakah nasib yang bakal menimpa Maryam di Haikal tersebut? Bagaimana pula penerimaan Nabi Zakarian a.s. dan kaum Bani Israil? Dapat buku yang menarik ini. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak.