Buku Teks Tahun 2019
Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.
Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.
Thursday, 2 April 2015
Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari
Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari
Penulis: Ishak Suliman, Mohd Murshidi Mohd Noor
ISBN: 978-983-46-1553-6
Tahun: 2015
Harga: RM20.00
Berat: 200g
Penerbit: DBP
Sinopsis
Antara persoalan yag sering dikemukakan berkaitan Imam al-Bukhari ialah, "Adakah Imam al-Bukhari sebagai tokoh ilmuan hadith turut mempunyai ketokohan dalam aspek fiqh?" "Benarkah fiqh al-Bukhari merupakan Fiqk-al-Shafi'i?" Apakah Usul al-Ijtihad Imam al-Bukhari?" " Apakah contoh ijtihad Imam al-Bukhari" Semua persoalan ini sebenarnya telah dikemukakan oleh ramai pengkaji Muslim dan juga bukan Muslim sejak zaman berzaman. Oleh itu, buku Fiqh dan Ijtihad Imam al-Bukhari ini dapat menjawab semua persoalan ini. Buku ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, khususnya dari aspek analisis fakta berkaitan fiqh al-Bkhari, usul ijtihad dan contoh ijtihad Imam al-Bukhari yang bersumberkan kitab hadith beliau, iaitu Sahih al-Bukhari.
Penulis buku ini, Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman ialah Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor pula ialah pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum, maaf ingin bertanya tentang buku lain. Saya mencari saga artarkusiad buku 7- Legenda Numerius. Jika masih ada, atau ada sesiapa yang saya boleh dihubungi, saya berminat untuk beli. Terima kasih, mohon maaf sekali lagi.
ReplyDelete