RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Tuesday, 5 July 2011

Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 8

Harga : RM100.00

PENULIS / PENYELENGGARA: Wahbah al-Zuhaili

PENTERJEMAH: Syed Ahmad Syed Hussain et al.

PENERBIT: DBP

NO. KK: 2957 917541

ISBN: 9789836267474

TAHUN TERBITAN: 2011

HALAMAN: 800

Tidak syak lagi bahawa fiqh Islam sangat memerlukan corak penulisan baru yang digunakan, menyusun semula tajuk-tajuknya, menjelaskan tujuannya dan menghubungkan ijtihad yang ada di dalamnya dengan sumber-sumbernya yang asal. Ini patut dilakukan supaya dapat memudahkan para pengkaji sewaktu merujuk, dan diharapkan agar ia dapat dimanfaatkan dalam usaha mengkanunkan undang-undang yang kaya dan mahal harganya itu yang dihasilkan oleh para mujtahidin. Buku Fiqh dan Perundangan Islam ini ialah terjemahan daripada buku Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, yang terdiri daripada lapan jilid, karya Dr. Wahbah al-Zuhaili. Buku ini merupakan sebuah karya agung zaman ini tentang ilmu Fiqh dan perundangan Islam yang bersifat ensiklopedik. Ia mengandungi keseluruhan aspek tentang fiqh yang bermula daripada persoalan taharah, ibadat, muamalat, dan juga persoalan perundangan yang merangkumi aspek-aspek undang-undang keluarga, undang-undang kontrak dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment