RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Monday 5 March 2012

Agama dan Ideologi (al-Milal wa al-Nihal)


Penulis/ Penyelenggara: Imam al-Shahrastani
Penterjemah: Muhammad Ramzi Omar
Penerbit: DBP
ISBN: 9836285415
Tahun: 2006
Halaman: 464 
Harga: RM50.00


Sinopsis
Buku Agama dan Ideologi ini ialah terjemahan daripada buku al-Milal wa al-Nihal karangan Imam al-Shahrastani. Buku ini membincangkan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama. Buku ini merupakan ensiklopedia ringkas yang membabitkan aliran pemikiran, kumpulan dan falsafah. Ia sangat popular di kalangan cerdik pandai di Timur dan Barat yang mengkaji ilmu agama dan kepercayaan. Tokoh ulama terkenal iaitu Ibn al-Subki mengatakan, "Buku ini sangat baik dalam membahaskan pelbagai agama, aliran pemikiran dan kumpulan-kumpulan dalam agama". Menurut Profesor Albert Jeom, seorang ilmuwan Inggeris mengatakan, "Buku ini adalah jawapan yang memadai dalam membincangkan persoalan agama yang pelbagai, ciri-ciri dan kelainan setiap agama tersebut. Oleh yang demikian, buku ini menjadi bahan rujukan autentik dan segar untuk setiap zaman." Ilmuwan Jerman iaitu Habacker pula berkata, "Dalam buku al-Milal wa al-Nihal karangan al-Shahrastani kita beruupaya untuk menyingkap persoalan sepanjang sejarah falsafah dahulu dan sekarang."

Maaf, dah habis :)

1 comment:

  1. Salam pustaka umi..buku agama dan ideologi nie ada lagi x stoknya skrg?

    ReplyDelete