RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Saturday 24 March 2012

Air Mata Ibu

 
PENULIS / PENYELENGGARA: Soo Cham
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2007
HALAMAN: 301
HARGA : RM 25.00

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang, umpama lauk yang dibubuh garam, masinlah jadinya. Tidak ramai yang boleh menjadi seperti ikan di laut, air masin tetapi daging ikan tetap tawar. Begitulah yang terjadi terhadap Sui Yin dan dua orang abangnya yang dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung Melayu. Disebabkan sedari kecil bergaul dengan orang Melayu, akhirnya mereka memeluk Islam dan kedua-dua abangnya berkahwin dengan gadis Melayu. Namun, si ibu tidak dapat menerima hakikat ini, "Kenapa orang Cina hendak jadi orang Melayu?" tanyanya. Apakah benar pertukaran agama itu yang menjadi isu ibu Sui Yin? Kenapa si ibu selalu menitiskan air mata setiap kali menjelang Tahun Baharu Cina? Kenapa abang-abang Sui Yin seperti tidak menyayangi lagi ibu mereka? Bagaimana Sui Yin menangani kerenah ibunya? Air Mata Ibu mengungkapkan kisah ibu yang kehilangan hati anaknya kerana dirinya adalah ikan yang tetap tawar di air masin.

No comments:

Post a Comment