RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Sunday 25 March 2012

Rentak Galur

PENULIS / PENYELENGGARA: Sarimah Othman
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2007
HALAMAN: 298
HARGA : RM 20.00


Nilam Atiqah anak yatim piatu mencari keturunan ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia pulang semula ke kampung halaman dan tinggal di rumah peninggalan arwah ibu dan ayahnya. Di rumah itu Nilam Atiqah menemui buku catatan ibunya, Syakirah. Daripada buku catatan itu Nilam Atiqah bukan sekadar mengetahui jurai keturunannya tetapi memainkan peranan penting dalam hubungan sebuah keluarga yang kini dia merupakan seoang anggotanya. Plot cerita agak menarik kerana pengarang menonjolkan buku catatan ibu Nilam Atiqah sewaktu zaman mudanya. Dengan membaca buku catatan ibunya itulah yang disampaikan oleh pengarang dalam bentuk cerita.

No comments:

Post a Comment