RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Monday, 9 April 2012

Tatabahasa Dewan

Penulis/Penyelenggara:
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa,
Abdul Hamid Mahmood
Penerbit: DBP
NO. KK: 415 659153
ISBN: 9789836294845
Tahun: 2011
Halaman: 617
Harga : RM 45.00

Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif; boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya. Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebarluaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami baik mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.

No comments:

Post a Comment