RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Monday, 27 August 2012

Sains Moden Menurut Perspektif Al-Quran & As-Sunnah


Penulis : Yusuf al-Hajj Ahmad
Mukasurat : 1100
Harga: RM120 
Sinopsis :
Subhanallah..Allah Akbar..Maha Suci Allah Zat yang Maha Agung yang telah mencipta alam semesta dengan segala kesempurnaan yang tiada bandingnya. Sungguh kebesaran dan keagungan Allah yang wujud di alam nyata ini amat mengagumkan bagi orang yang ada hati nurani serta mereka yang mendapat cahaya petunjuk daripada Allah SWT. Bagaimana tidak?! Hati mereka akan bergetar, fikiran mereka akan tunduk sujud bersimpuh di hadapan Allah atas kebenaran mukjizat ayat al-Quran dan as-Sunnah yang terbukti menerusi pelbagai penemuan sains moden dalam pelbagai ruang kehidupan. Al-Quran telah mencabar manusia sejak 14 abad silam bahkan memberi arahan agar manusia menggunakan akal fikiran supaya berfikir bertadabur merenungi ciptaan Allah yang tertulis pada alam semesta sama ada di langit ataupun di bumi. "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang , ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.."(Ali Imran (3)190-191)

Buku ini akan mengajak pembaca berwisata menjelajah alam raya untuk mengenal lebih luas dan lebih mendalam terhadap segala ciptaan Allah menerusi pelbagai penemuan sains moden dengan adanya bukti-bukti kebenaran al-Quran dan as-Sunnah, justeru dengan mengkaji buku ini secara saksama pada setiap lembaran demi lembaran, maka pembaca akan dibawa meneroka jauh ke alam semesta untuk melihat segala fenoma dengan menyaksikan keagungan, kehebatan, kebesaran Allah SWT sama ada yang ternampak oleh mata kasar ataupun tidak. Sehingga diharapkan pada akhir perjalanan dari menelaah buku ini, keimanan, ketakwaan kita akan semakin terserlah dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pencaroba ini, maka tiada apa pun yang patut dibanggakan kecuali hanya dengan jalan mendekatkan diri dengan seluruh pengabdian dan penghambaan kepada Allah SWT semata, serta kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. yang telah membimbing dan memberi petunjuk umat kepada jalan yang benar.Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment