Buku Teks Tahun 2019
Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.
Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.
Tuesday, 20 November 2012
Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu Za'ba Penulis/ Penyelenggara: Za'ba / Asmah Haji Omar Penerbit: DBP Tahun: 2002 Halaman: 292 Harga: RM35 | |
Ilmu Mengarang Melayu adalah gagasan pemikiran bahasa hasil tulisan Za'ba yang mengandungi pengetahuan bahasa Melayu, tatabahasa, nahu dan sebagainya. Buku ini amat berguna kepada ahli-ahli bahasa, pengkaji, pendidik serta pelajar yang ingin mengetahui selok-belok menghasilkan karangan yang baik melalui penggunaan bahasa yang betul, sistemetik dan menarik. Buku ini juga menjadi rujukan yang berguna untuk mengkaji keagungan nahu bahasa Melayu sejak zaman 40-an hingga kini. |
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
Penulis /Penyelenggara: Asmah Haji Omar
Penerbit: DBP
Tahun: 2009
Halaman: 47
Penulis /Penyelenggara: Asmah Haji Omar
Penerbit: DBP
Tahun: 2009
Halaman: 47
RM 40.00
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
menggunakan kaedah sistemik-fungsional, yang sememangnya bersifat
maksimalis dalam menerangkan penggunaan bentuk-bentuk bahasa berdasarkan
sistem bahasa Melayu serta fungsi bentuk-bentuk itu dalam unsur-unsur
nahu seperti frasa, klusa dan ayat. Pada masa yang sama pendekatan nahu
dalam buku ini bersifat eklektik, yakni menerapkan juga aspek-aspek yang
relevan dari aliran struktural, medan makna, analisis komponen makna,
sosiolinguistik, wacana, dan linguistik sejarah, di mana perlu, untuk
menerangkan pembentukan sesuatu unsur itu. Dengan cara ini panduan
mengapa sesuatu bentuk boleh diterima atau sebaliknya dapat diterangkan
dengan jelas.
Misalnya, mengapa bentuk-bentuk seperti ini tidak dapat diterima dalam penggunaan bahasa yang baik dan betul oleh penutur bahasa Melayu sejati: *Mereka/Dia ialah penuntut universiti, *Pada Selasa lalu kami telah mengadakan mesyuarat, *Dia pandai bercakap Perancis, *sebuah pemikiran, *sebuah cinta, *dua buah pedang, *dua biji televisyen; dan mengapa tutur seperti Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tahun 2003 dan Dia Mandailing dari Perak, tidak dapat diterima dari segi kehalusan budi pekerti orang Melayu. Banyak lagi gejala yang menyimpang dari peraturan nahu dan panduan kesantunan Melayu berlaku dalam penggunaan bahasa sekarang, bukan sahaja dalam media tetapi juga dalam ucapan rasmi dan penerbitan canggih. Pendengar dan pembaca hanya merasakan bahawa berlaku kesilapan dalam memilih bentuk-bentuk seperti itu, tetapi taidak tahu mengapa bentuk-bentuk berkenaan tidak dapat diterima. Penjelasannya terdapat dalam buku ini.

Ensiklopedia Bahasa Melayu
Bijak Tajwid: Cara Mudah Mempelajari Ilmu Tajwid
Penerbit: Inteam Publishing
Harga: RM25.00
Allah SWT ada berfirman di dalam Al-Quran yang menyuruh kita membaca kitabNya dengan tartil (betul dan baik mengikut hukum & kaedah tajwid). Justeru, mempelajari Ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah. Tetapi, mengamalkannya ketika membaca Al-Quran adalah fardhu ‘ain.خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْءَانَ وَعَلَّمَهُSebaik-baik di kalangan kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia. (Hadis riwayat Bukhari)Buku Bijak Tajwid ini sangat sesuai sebagai panduan dan rujukan bagi mereka yang baru bertatih untuk belajar al-Quran dan ilmu tajwid. Persembahannya yang ringkas tetapi padat menjadikannya sesuai untuk semua golongan dan lapisan pembaca samada kanak-kanak, dewasa atau warga tua. Buku ini menyajikan penerangan yang jelas beserta contoh bagi memudahkan pembaca untuk mengenal hukum tajwid, memahami serta mengamalkannya di dalam bacaan al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)