Buku Teks Tahun 2019
Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.
Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.
Tuesday, 20 November 2012
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
Penulis /Penyelenggara: Asmah Haji Omar
Penerbit: DBP
Tahun: 2009
Halaman: 47
Penulis /Penyelenggara: Asmah Haji Omar
Penerbit: DBP
Tahun: 2009
Halaman: 47
RM 40.00
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
menggunakan kaedah sistemik-fungsional, yang sememangnya bersifat
maksimalis dalam menerangkan penggunaan bentuk-bentuk bahasa berdasarkan
sistem bahasa Melayu serta fungsi bentuk-bentuk itu dalam unsur-unsur
nahu seperti frasa, klusa dan ayat. Pada masa yang sama pendekatan nahu
dalam buku ini bersifat eklektik, yakni menerapkan juga aspek-aspek yang
relevan dari aliran struktural, medan makna, analisis komponen makna,
sosiolinguistik, wacana, dan linguistik sejarah, di mana perlu, untuk
menerangkan pembentukan sesuatu unsur itu. Dengan cara ini panduan
mengapa sesuatu bentuk boleh diterima atau sebaliknya dapat diterangkan
dengan jelas.
Misalnya, mengapa bentuk-bentuk seperti ini tidak dapat diterima dalam penggunaan bahasa yang baik dan betul oleh penutur bahasa Melayu sejati: *Mereka/Dia ialah penuntut universiti, *Pada Selasa lalu kami telah mengadakan mesyuarat, *Dia pandai bercakap Perancis, *sebuah pemikiran, *sebuah cinta, *dua buah pedang, *dua biji televisyen; dan mengapa tutur seperti Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tahun 2003 dan Dia Mandailing dari Perak, tidak dapat diterima dari segi kehalusan budi pekerti orang Melayu. Banyak lagi gejala yang menyimpang dari peraturan nahu dan panduan kesantunan Melayu berlaku dalam penggunaan bahasa sekarang, bukan sahaja dalam media tetapi juga dalam ucapan rasmi dan penerbitan canggih. Pendengar dan pembaca hanya merasakan bahawa berlaku kesilapan dalam memilih bentuk-bentuk seperti itu, tetapi taidak tahu mengapa bentuk-bentuk berkenaan tidak dapat diterima. Penjelasannya terdapat dalam buku ini.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
macam mana nak beli buku nie?
ReplyDeleteSalam, sori lambat reply, buku ini boleh dibeli dgn Pustaka Ummi secara online. boleh bankin bayaran dan penhantaran akan dibuat
ReplyDeleteterima kasih kerana mengunjungi pustaka ummi