RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Saturday 21 April 2012

Al-Ustaz 01: Susahnya Mendidik Diri, apakah Penyelesaiannya?

Al-Ustaz 01: Susahnya Mendidik Diri, apakah Penyelesaiannya?
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM9.00

Majalah al-Ustaz ialah majalah terbaharu keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, memuatkan kemusykilan yang bagi ramai orang nampak remeh-kecil, tapi bingung untuk menjawabnya. Oleh itu, anda musykil Islam menjawab melalui majalah al-Ustaz. Dapatkan majalah al-Ustaz dari kami.

Antara Kemuskilan Dalam Keluaran Ini
- Susahnya Mendidik Diri, Apakah Penyelesaiannya?
- Belitan Iblis, Siapa Iblis Sebenarnya?
- Hukum Solat Hajat Berjamaah
dan banyak lagi kemusykilan lain.

Monday 16 April 2012

Daie Sejuta Ummat

Penulis: Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources
Tahun: 2012
Harga: 18.00

Ustaz Azhar Idrus, sosok istimewa yang kini menjadi fenomena anak muda. Kelahirannya dalam setiap program seperti magnet sebesar Bukit Uhud yang mampu menarik kehadiran pemuda pelbagai jalur daripada kelompok berserban dililit kemas sehinggalah para rockers berseluar koyak dengan muka 'penyamun tarbus'. Sudah tentu ada sesuatu yang istimewa pada diri pendakwah ini sehingga dia diminati  dan dicemburui. Limpahan publisiti telah memuncakkan nama pendakwah yang berasal dari negeri penyu menangis ini. Mampirlah anak muda, mampirlah orang kebanyakan, mampirlah mat rempit, mampirlah artis ... hidayah perlu dicari bukan dinanti. Dekatilah daiemu, carilah sinar dan hidayah-Nya sebelum nafas berada di tenggorok kerana pada ketika itu tiada guna sesalan walau bercupak air mata darah dan harta setinggi gunung.

Friday 13 April 2012

Manual Pengajaran Prasekolah


Manual Pengajaran Prasekolah
(Perancangan Mingguan & Harian)
PENULIS : SAAYAH ABU, SEZALI MOHD KAMAL
PENERBIT: PTS
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 368

HARGA : RM 45.00

Monday 9 April 2012

Tatabahasa Dewan

Penulis/Penyelenggara:
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa,
Abdul Hamid Mahmood
Penerbit: DBP
NO. KK: 415 659153
ISBN: 9789836294845
Tahun: 2011
Halaman: 617
Harga : RM 45.00

Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif; boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya. Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebarluaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami baik mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.

Monday 2 April 2012

Rafflesia: Bunga Terbesar di Dunia


PENULIS / PENYELENGGARA: Jamili Nais
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2004
HALAMAN: 122
HARGA : RM 30.00

Mata Naga


PENULIS / PENYELENGGARA:
Mahani Amat @ Halimi, Mohd Ghazali Mohd. Satar
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2007
HALAMAN: 74
HARGA : RM 18.00

Siri Buah-Buahan Komersial Malaysia: Rambutan Dan Pulasan


PENULIS / PENYELENGGARA: Zabedah Mahmood, Salma Idris, Mohd. Shamsudin Osman
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2003
HALAMAN: 62
HARGA : RM 27.00

Mencari Sejalur Sinar

 
PENULIS / PENYELENGGARA: Faridah Haron
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 301
HARGA : RM 16.80

Shafiqah, seorang gadis miskin yang dibesarkan di pinggir bandar yang terpinggir daripada arus pembangunan. Dia ditawarkan bersekolah di bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. Malangnya, dia sukar untuk menyesuaikan diri dengan situasi pembelajran di sekolah baharu kerana sifat merendah diri yang menebal. Dia juga rasa tersisih kerana kebanyakan rakan sekelasnya merupakan anak orang berada. Tambahan pula, ibunya lumpuh dan ayahnya sudah tua. Oleh itu, dia nekad untuk berhenti sekolah. Walau bagaimanapun, kehadiran rakan-rakan baharu yang selama ini disalah anggap olehnya telah memberi semangat baharu kepadanya. Mampukah Shafiqah mencapai kejayaan yang diimpikan