RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Wednesday, 23 October 2013

Bimbingan Mukmin

Bimbingan Mukmin
Penyusun : Ustaz Johari Yaman & Ustaz Azahari 
Ketebalan : 969 Muka Surat (Hard Cover)
Penerbit: Nadi Minda Resources
Harga : RM 95.00




Buku  ini adalah terjemahan daripada sebuah kitab berbahasa Arab yang berjudul Mauizatul Mukminin ringkasan daripada kitab terkenal Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.



KEISTIMEWAAN BUKU INI
Ulasan yang dikupaskan dalam buku ini sangat mendalam dengan kandungannya bagaikan mutiara ,membicarakan segenap persoalan hidup merangkumi:

  • Bab Ibadah
  • Bab Adab
  • Bab Akhlak
  • Bab Muamalah ( Jual Beli )
  • Bab Munakahat ( Perkahwinan )
Antara Kandungan Yang Menarik dalam Buku ini ialah:-
  • Mengupas secara mendalam berkaitan bab ibadah seharian kita seperti solat, puasa,zakat dan banyak lagi.
  • Penerangan yang di sertakan dengan hadis sahih dan keterangan melalui  al-quran
  • Mengulas bab akhlak mengikut syariah seperti sikap sabar, menghilangkan sikap marah, hilangkan dengki dan banyak lagi akhlak yang baik dan kelebihan kita mengamalkannya mengikut islam.
  • Mengupas adab-adab dalam islam seperti adab makan, adab tidur, adab dengan tetamu, adab dengan ibubapa, adab dalam majlis dan lain-lain lagi.
  • Menerangkan hukum jual beli dalam islam seperti halal haram perniagaan, hukum riba, akad jual beli, dan cara perniagaan islam.
  • Mengupas secara terperinci bab perkahwinan seperti syarat wali, syarat saksi, hak suami/isteri dan banyak lagi.
Buku ini juga turut mengandungi nasihat-nasihat kearah memartabatkan syaksiah menjadi seorang Muslim Mukmin dengan mengikuti jalur-jalur panduan yang digariskan oleh Allah swt dan Rasul-Nya. Disamping itu, ringkasan ini juga turut memaparkan kaedah-kaedah latihan penghindaran diri dari akhlak yang kurang baik dan penyakit-penyakit hati serta kaedah mendekatkan diri kepada Allah swt sehingga kita akan merasakan bahawa kitalah hamba -Nya yang paling akrab dan hampir kepada-Nya.
Dapatkan buku ini bagi membimbing diri kita dan keluarga menjadi lebih cemerlang dari semua aspek sahsiah diri. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment