RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Wednesday 23 October 2013

BUKU MUKJIZAT RASULULLAH SAW

BUKU MUKJIZAT RASULULLAH SAW Penyusun    : Ustaz Johari Yaman

Ketebalan   : 426 Muka Surat ( H/Cover)
Penerbit: Nadi Minda Resources

Harga         : RM 55.00

Buku ini menyajikan koleksi mukjizat dan pelbagai kisah dan kejadian aneh yang berlaku di sepanjang kehidupan Rasulullah saw.

Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan mukjizat Rasulullah saw, terlebih dahulu penulis memaparkan secara jelas mengenai keperibadian, sifat, sikap dan budi pekerti Rasulullah saw yang sangat mulia dan luhur sehinggalah Baginda diangkat menjadi nabi dan rasul.

Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar yang telah hadir dihadapan manusia lebih empat belas abad lamanya , berbahasa Arab yang fasih, mempunyai nilai bahasa yang indah dan tinggi sasteranya. Susunan , keindahan dan ketinggian bahasa Al-Quran tidak akan dapat ditandingi oleh makhluk-Nya. Kesucian Al-Quran dijamin oleh Allah swt . Kunci segala ilmu ada padanya dan segala peristiwa yang berlaku tercatit di dalamnya.

Ejekkan-ejekkan daripada kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah saw juga turut dimasukkan dalam buku ini sebagai iktibar buat semua umat Islam agar kita akan merasa lebih kasih dan sayang kepada insan mulia yang bernama Muhammad saw.

Turut dikupaskan juga tentang kejahatan kaum Yahudi terhadap diri Rasulullah saw dan kaum Muslimin serta pengakuan para sarjana yang bukan Islam terhadap kepentingan Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad saw.

No comments:

Post a Comment