RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Wednesday 23 October 2013

Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW

Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW
Penyusun     : Ustaz Johari Yaman
Ketebalan   : 478 Muka Surat ( Hard Cover )
Penerbit : Nadi Minda Resources

Harga          : RM 55.00



Buku ini merupakan himpunan kisah 70 wanita-wanita pada zaman Rasulullah saw yang dijanjikan syurga oleh Allah swt ,kerana pengorbanan, kesungguhan, keberanian, keikhlasan, kejujuran, kesabaran, keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt .

Kehadiran mereka telah meninggikan lagi martabat kaum wanita sehingga syurga-syurga Allah dipenuhi bau harum kerana ganjaran yang mereka perolehi sebagai anugerah yang tidak dapat ditandingi.

Himpunan kisah-kisah wanita agung dan terbilang dalam sejarah Islam ini pasti akan memberi motivasi, semangat dan dorongan kepada kaum hawa dalam memartabatkan diri mereka kepada suatu tahap tertinggi, membuktikan bahawa wanita berhak mengecapi kesenangan, kebahagian dan meraih keadilan dalam kehidupan secara saksama seperti sebagaimana dikehendaki agama.

Kesungguhan , pengorbanan , kebaktian , kesabaran dan kasih sayang yang telah ditonjolkan mereka memberi pengajaran , pedoman , dan teladan yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment