RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Saturday, 11 January 2014

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck
Penulis:Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
Penerbit: PSN Publications Sdn. Bhd
ISBN: 978-967-11599-9 
Harga: RM 16.00
Tebal: 217 Halaman

Sinopsis
Buku genre cinta karya Hamka atau nama penuhnya Haji Abdul KarimAmrullah ini mengisahkan cinta murni yang tidak kesampaian pemuda miskin, Zainuddin yang tidak memiliki saudara-mara terhadap gadis keluarga berada bernama Hayati yang cantik, sopan santun dan berbudi pekerti mulia.

Terpikat dengan kecantikan Hayati, Zainuddin cuba meminang gadis pingitan itu tetapi ditolak kerana cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Gadis yang dianggap bunga dalam rumah adat ini sebaliknya dijodohkan dengan anak keluarga orang berada, Aziz yang dikatakan lebih layak.
 

Sedih kerana pinangannya ditolak kerana dianggap tidak memiliki harta, tidak punya susur galur keturunan yang baik serta tiada beradat, Zainuddin Membawa diri kekota Jakarta dan mencuba nasib sebagai penulis di sebuah syarikat akhbar.

 

Tidak sampai setahun, penulisannya mendapat sambutan lalu dia kemudiannya ke kota Surabaya dan menulis dengan menggunakan gelaran ‘Z’. Di sini, Zainuddin dikenali ramai dan mengumpul banyak harta serta kenalan.

 

Disebabkan penulisannya baik dan lenggok bahasanya sangat menawan, dia semakin terkenal. Tanpa disangka-sangka, pada suatu pertunjukan pentas yang dikarang oleh Zainuddin, tiga anak muda; Hayati, Aziz dan Zainuddin ditakdirkan bertentang mata.

 

Hayati tergamam kerana bertemu dengan kekasih lamanya. Bermulalah kisah cinta yang menyayat hati antara dua insan yang pasrah dengan takdir yang ditentukan Allah ke atas mereka. Apakah yang berlaku ke atas Aziz? Bagaimana keadaan Hayati selepas bertemu semula dengan Zainuddin dan apakah yang bermain dalam fikiran Zainuddin selepas dia ditakdirkan bertemu semula dengan ‘kehidupannya.’

 
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck adalah sebuah novel yang ditulis oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan nama Hamka. Novel ini mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbedaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.

Novel ini pertama kali ditulis oleh Hamka sebagai cerita bersambung dalam sebuah majalah yang dipimpinnya, Pedoman Masyarakat pada tahun 1938. Dalam novel ini, Hamka mengkritik beberapa tradisi yang dilakukan oleh masyarakat pada saat itu terutama mengenai kawin paksa. Kritikus sastra Indonesia Bakri Siregar menyebut Van der Wijck sebagai karya terbaik Hamka, meskipun pada tahun 1962 novel ini dituding sebagai plagiasi dari karya Jean-Baptiste Alphonse Karr berjudul Sous les Tilleuls (1832).
Diterbitkan sebagai novel pada tahun 1939, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck terus mengalami cetak ulang sampai saat sekarang. Novel ini juga diterbitkan dalam bahasa Melayu sejak tahun 1963 dan telah menjadi bahan bacaan wajib bagi siswa sekolah di Indonesia dan Malaysia.

No comments:

Post a Comment