RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Friday, 31 August 2012

Manusia dan Islam Jilid 1,2,3

 HARGA JILID 3: RM 15.00

 HARGA JILID 2: RM 20.00

HARGA JILID 1: RM 9.50
 
PENULIS / PENYELENGGARA:
PENERBIT: DBP
TAHUN TERBITAN: 2010

HARGA 1 SET (JLD 1-3) : RM 44.50

 berat 1 set lbh + 1.5 kg
Maaf, dah habis :)

Monday, 27 August 2012

Sains Moden Menurut Perspektif Al-Quran & As-Sunnah


Penulis : Yusuf al-Hajj Ahmad
Mukasurat : 1100
Harga: RM120 
Sinopsis :
Subhanallah..Allah Akbar..Maha Suci Allah Zat yang Maha Agung yang telah mencipta alam semesta dengan segala kesempurnaan yang tiada bandingnya. Sungguh kebesaran dan keagungan Allah yang wujud di alam nyata ini amat mengagumkan bagi orang yang ada hati nurani serta mereka yang mendapat cahaya petunjuk daripada Allah SWT. Bagaimana tidak?! Hati mereka akan bergetar, fikiran mereka akan tunduk sujud bersimpuh di hadapan Allah atas kebenaran mukjizat ayat al-Quran dan as-Sunnah yang terbukti menerusi pelbagai penemuan sains moden dalam pelbagai ruang kehidupan. Al-Quran telah mencabar manusia sejak 14 abad silam bahkan memberi arahan agar manusia menggunakan akal fikiran supaya berfikir bertadabur merenungi ciptaan Allah yang tertulis pada alam semesta sama ada di langit ataupun di bumi. "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang , ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.."(Ali Imran (3)190-191)

Buku ini akan mengajak pembaca berwisata menjelajah alam raya untuk mengenal lebih luas dan lebih mendalam terhadap segala ciptaan Allah menerusi pelbagai penemuan sains moden dengan adanya bukti-bukti kebenaran al-Quran dan as-Sunnah, justeru dengan mengkaji buku ini secara saksama pada setiap lembaran demi lembaran, maka pembaca akan dibawa meneroka jauh ke alam semesta untuk melihat segala fenoma dengan menyaksikan keagungan, kehebatan, kebesaran Allah SWT sama ada yang ternampak oleh mata kasar ataupun tidak. Sehingga diharapkan pada akhir perjalanan dari menelaah buku ini, keimanan, ketakwaan kita akan semakin terserlah dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pencaroba ini, maka tiada apa pun yang patut dibanggakan kecuali hanya dengan jalan mendekatkan diri dengan seluruh pengabdian dan penghambaan kepada Allah SWT semata, serta kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. yang telah membimbing dan memberi petunjuk umat kepada jalan yang benar.Selamat membaca.

Saturday, 4 August 2012

Pen MyIman : Pen Pintar Membaca

Pen MyIman, satu inovasi alat bantu belajar terkini, boleh membaca buku-buku dan Al-Quran dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pen MyIman mampu membaca sehingga 150 buah buku, sesuai digunakan kanak-kanak seawal 2 tahun sehingga dewasa.
Pen MyIman dijual dengan pakej buku-buku. Pakej Asas mengandungi:
1. Pintar Membaca (Buku 1- 4)
2. Read With Me-Phonic Approch (1&2), Read With Me-The 45 Key Words (1&2), Read With Me-Sounds Of The Alphabet.
3. Daily Du’as, Pillars Of Islam and Pillars Of Iman.
(Hadiah percuma Surah Yasin dan Juz ‘Amma bagi pembeli muslim)

Kini didatangkan dengan variasi pakej pilihan anda dalam 3 pilihan:-


1- Pakej Asas RM300
2- Pakej Islam (Pen MyIman + Al-Quran + Juz Amman + Doa harian + Bahasa Arab) RM300
3- Pakej Penuh (Asas + Al-Quran) RM380

Friday, 3 August 2012

Eqalam

Promosi e-Qalam

 

Harga: RM250 

E-Qalam kini boleh dimiliki hanya dengan harga RM250.00. dengan Qur'an bersaiz A4, lebih jelas dan terang




Saturday, 28 July 2012

Al-Qur'an al-Karim Dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'


Penyusun :  
Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
 Harga: RM75.00

Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Saturday, 14 July 2012

Tuesday, 15 May 2012

Al-Ustaz 02: Kasih sayang Allah; bagaimana mengukurnya?

Al-Ustaz 02: Kasih sayang Allah, bagaimana mengukurnya?
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM9.00

Majalah al-Ustaz ialah majalah terbaharu keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, memuatkan kemusykilan yang bagi ramai orang nampak remeh-kecil, tapi bingung untuk menjawabnya. Oleh itu, anda musykil Islam menjawab melalui majalah al-Ustaz. Dapatkan majalah al-Ustaz dari kami.

Antara Kemuskilan Dalam Keluaran Ini
- Kasih sayang Allah, bagaimana mengukurnya?
- Apakah fadhilat dan kelebihan Bismillah?
- Hukum melukis pelan bangunan kilang arak dan banyak lagi.