RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Saturday, 11 January 2014

Jurnal Inspirasi Diri

Jurnal Inspirasi Diri
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Penerbit: As-Sohwah Publication   
ISBN: 978-967-0466-00-2  
Harga: RM15

Sinopsis
Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda. Turut di muatkan bersama jurnal ini, kata-kata motivasi sebagai pencetus kekuatan dan membakar semangat yang akan memberikan hasil dan impak yang besar kepada hidup anda. Anda akan teruja kerana ia pasti akan memberikan perubahan kepada hidup anda!
Jika anda masih tercari-cari satu aset untuk memulakan perubahan dalam hidup, 

Jurnal ini merupakan pilihan terbaik buat anda sebagai peneman setia agar anda dapat: 
Belajar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan keputusan kepada hidup anda.Menghentikan tabiat negatif serta-merta
Menggunakan kekuatan minda untuk membuat perubahan
Membina fikiran positif di samping membuka ‘mata hati’ anda. 

Meningkatan kekuatan dalaman diri melalui pendekatan kerohanian

*****

Bahagia & Membahagiakan


Bahagia & Membahagiakan
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication  
ISBN: 978-967-1036-57-0  
Harga: RM25

Sinopsis
Menjadi impian setiap insan untuk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan insan lain, lebih utama lagi kebahagiaan perlu dicapai dalam keluarga masing-masing.
*****

Mata Akal Mata Hati


Mata Akal Mata Hati
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication 
ISBN: 978-967-0466-04-0
Harga: RM25

Sinopsis
Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapaikesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain daripada kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kit ajuga perlu berusaha untuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya, baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga, peribahasa Melayu mengatakan: "dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh".

Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untuk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikir negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insyaAllah perjalanan hidup kita akan jelas.

Ambillah iktibar daripada para ulama pada zaman Rasulullah SAW seperti Hasan al-Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, "Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran". Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. Maka itu, marilah sama-sama kita set semula (reset) minda, ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah.

Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. Berfikir secara positif dan bertindak secara positif. InsyaAllah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Itulah janji Allah kepada hambaNya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baharu dalam hidup anda.


*****

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van der Wijck
Penulis:Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
Penerbit: PSN Publications Sdn. Bhd
ISBN: 978-967-11599-9 
Harga: RM 16.00
Tebal: 217 Halaman

Sinopsis
Buku genre cinta karya Hamka atau nama penuhnya Haji Abdul KarimAmrullah ini mengisahkan cinta murni yang tidak kesampaian pemuda miskin, Zainuddin yang tidak memiliki saudara-mara terhadap gadis keluarga berada bernama Hayati yang cantik, sopan santun dan berbudi pekerti mulia.

Terpikat dengan kecantikan Hayati, Zainuddin cuba meminang gadis pingitan itu tetapi ditolak kerana cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Gadis yang dianggap bunga dalam rumah adat ini sebaliknya dijodohkan dengan anak keluarga orang berada, Aziz yang dikatakan lebih layak.
 

Sedih kerana pinangannya ditolak kerana dianggap tidak memiliki harta, tidak punya susur galur keturunan yang baik serta tiada beradat, Zainuddin Membawa diri kekota Jakarta dan mencuba nasib sebagai penulis di sebuah syarikat akhbar.

 

Tidak sampai setahun, penulisannya mendapat sambutan lalu dia kemudiannya ke kota Surabaya dan menulis dengan menggunakan gelaran ‘Z’. Di sini, Zainuddin dikenali ramai dan mengumpul banyak harta serta kenalan.

 

Disebabkan penulisannya baik dan lenggok bahasanya sangat menawan, dia semakin terkenal. Tanpa disangka-sangka, pada suatu pertunjukan pentas yang dikarang oleh Zainuddin, tiga anak muda; Hayati, Aziz dan Zainuddin ditakdirkan bertentang mata.

 

Hayati tergamam kerana bertemu dengan kekasih lamanya. Bermulalah kisah cinta yang menyayat hati antara dua insan yang pasrah dengan takdir yang ditentukan Allah ke atas mereka. Apakah yang berlaku ke atas Aziz? Bagaimana keadaan Hayati selepas bertemu semula dengan Zainuddin dan apakah yang bermain dalam fikiran Zainuddin selepas dia ditakdirkan bertemu semula dengan ‘kehidupannya.’

 
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck adalah sebuah novel yang ditulis oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan nama Hamka. Novel ini mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbedaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.

Novel ini pertama kali ditulis oleh Hamka sebagai cerita bersambung dalam sebuah majalah yang dipimpinnya, Pedoman Masyarakat pada tahun 1938. Dalam novel ini, Hamka mengkritik beberapa tradisi yang dilakukan oleh masyarakat pada saat itu terutama mengenai kawin paksa. Kritikus sastra Indonesia Bakri Siregar menyebut Van der Wijck sebagai karya terbaik Hamka, meskipun pada tahun 1962 novel ini dituding sebagai plagiasi dari karya Jean-Baptiste Alphonse Karr berjudul Sous les Tilleuls (1832).
Diterbitkan sebagai novel pada tahun 1939, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck terus mengalami cetak ulang sampai saat sekarang. Novel ini juga diterbitkan dalam bahasa Melayu sejak tahun 1963 dan telah menjadi bahan bacaan wajib bagi siswa sekolah di Indonesia dan Malaysia.

Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?

Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?
Penulis : Ummu Ammar
Harga: RM 9.00
ISBN: 978-967-388-082-9
Mukasurat: 58 ms

Sinopsis
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki?  Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini. Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini, dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lagi, insya-Allah. Jom anak-anak, kita jadi soleh dan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.

Formula Solat Sempurna


Formula Solat Sempurna
Penulis : Dr Zaharuddin Abd Rahman
Harga: RM 28.00
ISBN: 978-983-3494-98-9
Mukasurat: 216 ms
 
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari.

Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. 

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. 

Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Bicara Ini Demi Ilahi



Bicara Ini Demi Ilahi
Oleh: Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat


Penerbit: Karangkraf
Harga : RM 19.90
ISBN : 978-967-86-0413-0
Halaman : ~ 304
Berat : 400 gm
Tarikh Terbit : 31 Mac 2013

Sinopsis
ALLAH Maha Benar. Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan. Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan. Ya, bicara yang penuh berhemah. Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa. Nasihat dikatakan tiada gunanya.


Maka biarkanlah diri ini berbicara hanya demi DIA, Maha Pencipta. Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati. Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati, di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Antara Pengisian Menarik:
• Izinkan Aku Berbicara
• Bicara Ini Demi DIA
• Bicara Ini Demi Umat
• Bicara Ini Demi Nurani
• Bicara Ini Demi Akhlak
• Bicara Ini Demi Anak Kita
• Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
• Andai Mampu Lagi Aku Bicara