RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Thursday, 14 July 2011

Biografi Tokoh Dakwah: Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin

Biografi Tokoh Dakwah: Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin

Biografi Tokoh Dakwah: Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin 

PENULIS / PENYELENGGARA: 
Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil
PENERBIT: DBP
ISBN: 9789834604653
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 250
Harga: RM35.00

Sinopsis

Buku AL-SYAHID HASAN AL-BANNA: Pengasas Ikhwan Muslimin ini amat sesuai dijadikan buku rujukan utama dalam bidang Pengajian Dakwah, Pengurusan Dakwan dan bidang-bidang yang berkaitan dengan dakwah. Buku ini amat sesuai menjadi bahan bacaan umum umat Islam, lebih-lebih lagi bagi golongan pemuda. Bagi rakyat Malaysia yang banyak menggunakan buku Al-Ma'thurat susunan al-Banna, bukan sahaja akan dapat mengenali lebih dekat dengan pendakwah agung, mujaddid dan murabbi ini, tetapi dapat menghayati insan yang mengungkapkan dirinya sebagai "Saya ialah pengembara yang mencari kebenaran, manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan; seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni; seorang yang memahami rahsia hidup. 'Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT Tuhan sekelian alam, tiada yang mempersekutui-Nya.' Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri."

Tuesday, 5 July 2011

Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 8

Harga : RM100.00

PENULIS / PENYELENGGARA: Wahbah al-Zuhaili

PENTERJEMAH: Syed Ahmad Syed Hussain et al.

PENERBIT: DBP

NO. KK: 2957 917541

ISBN: 9789836267474

TAHUN TERBITAN: 2011

HALAMAN: 800

Tidak syak lagi bahawa fiqh Islam sangat memerlukan corak penulisan baru yang digunakan, menyusun semula tajuk-tajuknya, menjelaskan tujuannya dan menghubungkan ijtihad yang ada di dalamnya dengan sumber-sumbernya yang asal. Ini patut dilakukan supaya dapat memudahkan para pengkaji sewaktu merujuk, dan diharapkan agar ia dapat dimanfaatkan dalam usaha mengkanunkan undang-undang yang kaya dan mahal harganya itu yang dihasilkan oleh para mujtahidin. Buku Fiqh dan Perundangan Islam ini ialah terjemahan daripada buku Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, yang terdiri daripada lapan jilid, karya Dr. Wahbah al-Zuhaili. Buku ini merupakan sebuah karya agung zaman ini tentang ilmu Fiqh dan perundangan Islam yang bersifat ensiklopedik. Ia mengandungi keseluruhan aspek tentang fiqh yang bermula daripada persoalan taharah, ibadat, muamalat, dan juga persoalan perundangan yang merangkumi aspek-aspek undang-undang keluarga, undang-undang kontrak dan lain-lain.

Saturday, 25 June 2011

Allah: Antara Tasauf dan Akidah


PENULIS / PENYELENGGARA:
Abdulfatah Haron Ibrahim

PENERBIT: DBP
NO. KK: 297 2057151
ISBN: 9789836296290
TAHUN TERBITAN: 2008
HALAMAN: 299



Friday, 22 October 2010

Tajwid : Tanwin berjumpa hamzah wasal


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Harini kita beralih topik kejap. Hehe.

Harini saya ingin berkongsi dengan anda satu hukum tajwid. Yang mana saya rasa hukum tajwid ini mungkin kita akan terbabas atau terlepas pandang sewaktu membaca Al-Quran biasa yang tak de tanda atau nombor melainkan jika hukum tajwid memang 'makanan' kita. Sepatutnya macam tu lah.

Yang dah tahu Alhamdulillah ya. Yang belum tahu atau terlupa atau tak ingat atau bukan lupa tapi tak ingat dan sebagai nya, mari kita saksikan.




Hukum tajwid itu ialah yang nombor 47 di atas. "Dibaca dengan huruf nun berbaris di bawah"

Bilakah waktu dan ketika nya hukum nombor 47 itu diaplikasikan?



Contoh 1 : Surah Al-A'Raaf ayat 8 seperti di atas. Fokuskan kawasan yang biru itu.

Kita mungkin pasti akan terbabas baca "yau ma i zil haq" (ikut sebutan mulut ya u all...nnti u all baca ikut makhraj yang betul...ini contoh saja)

Sebenarnya bacaan dia ini macam - "yau ma i zi NIL haq"

Nampak tak tanwin bertemu hamzah wasal di no.47 itu?

Baris 2 dibawah 'zal' tu kena buang satu dan kemudian tambah nun baris bawah. Oleh itu bacaan dia menjadi "yau ma i zi NIL haq"

Hamzah wasal itu yang di atas huruf alif tu.

Makanya, bila tanwin bertemu hamzah wasal, dibaca dengan nun berbaris dibawah


Contoh 2 : Surah Al-A'Raaf ayat 164

Bacaan nya ini macam - "qau ma NILlah"

Bukan - "qau mallah"


Contoh 3 : Surah Al-A'Raaf ayat 177

Bacaan dia ini macam - ma stha la NIL qaum

Dapat diperhatikan ketiga-tiga contoh adalah dari Surah Al-A'Raaf (Juz 7) sebab dalam surah ni kita banyak jumpa hukum tajwid ni

Sebab masa baca ayat-ayat ni Ustaz tego, "Heppp kena tambah 'nun'"

Kita semua ala tersentak "Heehhhh...tambah 'nun' kat mana Ustaz?"

Kemudian Ustaz pun beritahu para pelajar nya. "Ooooooo.." jawab anak murid

Kalau kita baca tafsir quran ni yang ada nombor-nombor mudah sikit nak hapal nombor dia. Kalau nombor ni baca nya ini macam, kalau nombor ni kena baca panjang 2 harakat, kalau nombor ni pulak panjang 6 harakat dan seterusnya. Jadi kita dah hapal nombor. Kalau guna Quran yang tak de nombor, nak kena very very alert sewaktu membaca.

Ok paham ek??? Kalau kurang faham boleh la rujuk pada mereka yang lebih arif dalam ilmu ini.


Sapa yang berminat nak join sekolah ni, kasik saya nama dan nombor telefon untuk register kan nama. Nanti Ustaz akan call u all, odisen baca sket, nanti baru tentukan kelas mana nak masuk. Sekolah dibuka setiap hari. Dan bayaran masuk adalah PERCUMA seumur hidup. Diulangi PERCUMA seumur hidup

Akhir kata, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t jua. Mari kita sesama perbaiki mutu dan kualiti bacaan Al-Quran kita. Mudah-mudahan Al-Quran ini dapat membantu kita bila di sana kelak.

Wallahua'lam
:: Comments (12)