RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Saturday, 28 July 2012

Al-Qur'an al-Karim Dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'


Penyusun :  
Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
 Harga: RM75.00

Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Saturday, 14 July 2012

Tuesday, 15 May 2012

Al-Ustaz 02: Kasih sayang Allah; bagaimana mengukurnya?

Al-Ustaz 02: Kasih sayang Allah, bagaimana mengukurnya?
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM9.00

Majalah al-Ustaz ialah majalah terbaharu keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, memuatkan kemusykilan yang bagi ramai orang nampak remeh-kecil, tapi bingung untuk menjawabnya. Oleh itu, anda musykil Islam menjawab melalui majalah al-Ustaz. Dapatkan majalah al-Ustaz dari kami.

Antara Kemuskilan Dalam Keluaran Ini
- Kasih sayang Allah, bagaimana mengukurnya?
- Apakah fadhilat dan kelebihan Bismillah?
- Hukum melukis pelan bangunan kilang arak dan banyak lagi.

Saturday, 21 April 2012

Al-Ustaz 01: Susahnya Mendidik Diri, apakah Penyelesaiannya?

Al-Ustaz 01: Susahnya Mendidik Diri, apakah Penyelesaiannya?
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM9.00

Majalah al-Ustaz ialah majalah terbaharu keluaran Telaga Biru Sdn Bhd, memuatkan kemusykilan yang bagi ramai orang nampak remeh-kecil, tapi bingung untuk menjawabnya. Oleh itu, anda musykil Islam menjawab melalui majalah al-Ustaz. Dapatkan majalah al-Ustaz dari kami.

Antara Kemuskilan Dalam Keluaran Ini
- Susahnya Mendidik Diri, Apakah Penyelesaiannya?
- Belitan Iblis, Siapa Iblis Sebenarnya?
- Hukum Solat Hajat Berjamaah
dan banyak lagi kemusykilan lain.

Monday, 16 April 2012

Daie Sejuta Ummat

Penulis: Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources
Tahun: 2012
Harga: 18.00

Ustaz Azhar Idrus, sosok istimewa yang kini menjadi fenomena anak muda. Kelahirannya dalam setiap program seperti magnet sebesar Bukit Uhud yang mampu menarik kehadiran pemuda pelbagai jalur daripada kelompok berserban dililit kemas sehinggalah para rockers berseluar koyak dengan muka 'penyamun tarbus'. Sudah tentu ada sesuatu yang istimewa pada diri pendakwah ini sehingga dia diminati  dan dicemburui. Limpahan publisiti telah memuncakkan nama pendakwah yang berasal dari negeri penyu menangis ini. Mampirlah anak muda, mampirlah orang kebanyakan, mampirlah mat rempit, mampirlah artis ... hidayah perlu dicari bukan dinanti. Dekatilah daiemu, carilah sinar dan hidayah-Nya sebelum nafas berada di tenggorok kerana pada ketika itu tiada guna sesalan walau bercupak air mata darah dan harta setinggi gunung.

Friday, 13 April 2012

Manual Pengajaran Prasekolah


Manual Pengajaran Prasekolah
(Perancangan Mingguan & Harian)
PENULIS : SAAYAH ABU, SEZALI MOHD KAMAL
PENERBIT: PTS
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 368

HARGA : RM 45.00

Monday, 9 April 2012

Tatabahasa Dewan

Penulis/Penyelenggara:
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa,
Abdul Hamid Mahmood
Penerbit: DBP
NO. KK: 415 659153
ISBN: 9789836294845
Tahun: 2011
Halaman: 617
Harga : RM 45.00

Buku ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata, dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah Kelas Kata Tugas. Unsur wacana yang merupakan unit bahasa yang melampaui batas ayat, dimasukkan untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada pengguna tentang konsep wacana dan penanda wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif; boleh menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Berbagai-bagai aspek binaan ayat dan perkataan, iaitu dari segi pola, bentuk, jenis, struktur binaannya dan bahagian komponennya dihuraikan dengan terperinci. Setiap huraian disertakan dengan contoh bagi menjelaskan lagi bentuk-bentuk perkataan dan ayat dengan sebaik-baiknya. Usaha pengekodan bahasa seperti ini amat penting dalam proses pembinaan bahasa baku. Usaha ini perlu disebarluaskan kepada semua pengguna bahasa Melayu dalam bentuk yang mudah difahami baik mengukuhkan penggunaan bahasa baku dalam semua jenis komunikasi umum dan rasmi.