RSS

Buku Teks Tahun 2019

Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.

Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.

Friday, 27 June 2014

Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang

Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang

Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang 

PENULIS / PENYELENGGARA:
Mohamad Kamil Ab Majid, Norafifah Ab Hamid, Norhidayah Mohammad
PENERBIT:  DBP
ISBN: 9789834604660
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 219
Harga: RM35.00

"Aku berasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon keampunan kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun perkataan-perkataan itu akan dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sekali-kali aku tidak akan mengucapkannya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Dia meredai aku dan aku meredai-Nya.
"Andainya pemenjaraanku ini adil dan dilakukan secara hak, aku bergembira dengannya ini adalah takdir Allah tetapi andainya aku dipenjara secara batil, aku sekali-kali tidak akan melutut memohon keampunan atau keringanan".
(Sayyid Qutb)

Tuesday, 14 January 2014

Rahsia Yahudi Dalam Filem

Rahsia Yahudi Dalam Filem
Penulis : IbnuYaacob
ISBN : 978-967-5989-025
Tebal m/s : 199
Tahun Terbit 2013
Harga : RM 34.00
Penerbit : MoonMedia


Sinopsis
Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakat sesebuah negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun. Ia adalah agenda utama Illuminati. Ia adalah rancangan rahsia Dajjal."






  • Simbol mata dan piramid Dajjal yang tersembunyi dalam pelbagai filem.
  • Projek besar Dajjal untuk mengawal minda dirancang melalui filem
  • Folem-filem Alien yang dirancang khusus oleh ahli-ahli Freemason.
  • Pirates of the Caribbean dan kisah Nabi Khidir yang berumur panjang.
  • Dajjal dan agenda pembinaan komputer gergasinya untuk mengawal manusia seluruh dunia.
  • Bagaimana Hollywood mendidik penonton bersikap anti kewujudan Tuhan.
  • Lord of the Rings dan peristiwa kehilangan cincin Nabi Sulaiman a.s.
  • Pelakon Harry Potter tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.
  • Steven Spielberg adalah ahli mesyuarat tetap organisasi elit Yahudi.
  • Tanda-tanda peristiwa 11 September 2001 di dalam filem yang tidak disedari masyarakat seluruh dunia.

" Kajian filem pertama di Malaysia " ( Versi teori konspirasi )




Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal

Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal
Penulis         : Ibnuyaacob
Penerbit       : Moon Media Enterprise
Tahun            : 2012
Pengulas      : Mohd Dahri Zakaria

Sinopsis:
Buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling bahaya dalam dunia sekarang, Rothschild, dari permulaan hidup yang sederhana menjadi keluarga jutawan paling kaya dan terpengaruh seluruh dunia dan memberi tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia. Hal ini tidak sahaja terikat kerana wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi ia turut mengaitkan perjanjian yang lebih purba dari tawarikh, iaitu Dajal Laknatullah sendiri. Ia bermula tentang seorang lelaki Yahudi dari suku Ashkenazi yang mana seluruh keturunannya menguasai dunia sehingga sekarang dari sisi belakang tabir dengan pengaruh dan kekayaan yang luarbiasa selama lebih 200 tahun.

Ia memuatkan 22 bab dengan sebahagian besar daripada kandungan berkenaan dipecahkan mengikut wilayah kekuasaan mereka serta hubungannya dengan peristiwa-peristiwa besar dunia yang pernah berlaku. Perang Napoleon, Perang Dunia Pertama, keruntuhan khalifah Uthmaniyyah, pensekularisasi Mesir, penjajahan dunia, holocaust, Revolusi China, Revolusi Perancis, pemodenan Jepun, penubuhan Arab Saudi, pembentukan Israel dan Palestin semuanya berkait rapat dengan keturunan Rothschild.

Rothschild adalah nama dalam bahasa Jerman dan terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu Roth dan Schild. Menurut kamus nama Jerman, Roth bermaksud rambut merah atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa Yahudi suku Ashkenazi yang mempunyai rambut merah. Manakala dalam kepercayaan klasik Eropah, Roth adalah gelaran kepada kanak-kanak hasil sumbang mahram. Dalam hujah buku ini, mereka mengambil hujah bahawa Roth itu bermaksud “anak sumbang mahram”.
Schild adalah ungkapan yang dalam kamus Jerman membawa maksud seseorang yang hebat yang tinggal di dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tanda-tanda ketokohan yang tiada tolak bandingnya. Jika diteliti pada bunyi ungkapan Schild, bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.
Dalam menterjemahkan teori ini, mereka mengambil hipotesis bahawa maksud nama Schild sebenarnya merujuk kepada Dajjal yang tinggal di dalam sebuah biara yang mana dirinya dijumpai oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan di dalam hadith riwayat Imam Muslim.

Maka berdasarkan ketetapan takrifan tersebutlah mereka menyimpulkan bahawa nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud “Dajjal si anak haram yang berambut kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.”

Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi. Langkah ini sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan tergadai semua harta.

Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang yang berlipat kali ganda. Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.

Antara bab yang sangat kontroversi dalam buku ini adalah bab 12, berkenaan perkaitan perintis Salafi Muhammad bin Abdul Wahhab-Ibn Saud, keturunan pemerintah kerajaan Arab Saudi sekarang dengan Illuminati/Freemason serta penggerak kaum muda, Syed Jamaludin Afghani sebagai antara Ketua Lodge Freemason yang memaparkan bagaimana bertahun-tahun di Malaysia, kelompok yang membawa faham ‘kaum tua’ masih bertahan menolak perjuangan ‘kaum muda’ atas sebab-sebab yang mereka sedari bahayanya.

Ia bermula bila Sheikh Muhammad Rasyid Redha, pengarang tafsir Al-Manar telah mengeluarkan fatwa baru tentang keharusan dalam pengambilan riba untuk kegunaan pemerintah dalam urusan pentadbirannya. Ijtihad ini telah mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat dikalangan agamawan sehingga mencetuskan konflik dan merintis kepada kewujudan dua puak yang masing-masing dinamakan sebagai ‘kaum muda’ dan ‘kaum tua’.

Penulisnya Ibnuyaacob menulis dengan telus dan ringan, menjadikan pembacaan kita lancar dan jelas. Semua fakta diceritakan dengan cermat tanpa mendatangkan keraguan terhadap kredibiliti penulis.
Buku yang menarik sebagai persuratan teori konspirasi ala Islam yang berkaitan kuasa Yahudi-Zionis merancang peristiwa mendatang pada akhir zaman.

Kaedah Merawat Santau



Kaedah Merawat Santau
Penulis:  Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan, Azizan  Ramly
ISBN: 978-967-366-200-5
Tarikh Terbit: 30 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 128
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sinopsis
Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat. 
Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia. 
Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu'arak ayat 80 yang bermaksud, "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."

Saturday, 11 January 2014

Jurnal Inspirasi Diri

Jurnal Inspirasi Diri
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Penerbit: As-Sohwah Publication   
ISBN: 978-967-0466-00-2  
Harga: RM15

Sinopsis
Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda. Turut di muatkan bersama jurnal ini, kata-kata motivasi sebagai pencetus kekuatan dan membakar semangat yang akan memberikan hasil dan impak yang besar kepada hidup anda. Anda akan teruja kerana ia pasti akan memberikan perubahan kepada hidup anda!
Jika anda masih tercari-cari satu aset untuk memulakan perubahan dalam hidup, 

Jurnal ini merupakan pilihan terbaik buat anda sebagai peneman setia agar anda dapat: 
Belajar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan keputusan kepada hidup anda.Menghentikan tabiat negatif serta-merta
Menggunakan kekuatan minda untuk membuat perubahan
Membina fikiran positif di samping membuka ‘mata hati’ anda. 

Meningkatan kekuatan dalaman diri melalui pendekatan kerohanian

*****

Bahagia & Membahagiakan


Bahagia & Membahagiakan
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication  
ISBN: 978-967-1036-57-0  
Harga: RM25

Sinopsis
Menjadi impian setiap insan untuk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan insan lain, lebih utama lagi kebahagiaan perlu dicapai dalam keluarga masing-masing.
*****

Mata Akal Mata Hati


Mata Akal Mata Hati
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication 
ISBN: 978-967-0466-04-0
Harga: RM25

Sinopsis
Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapaikesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain daripada kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kit ajuga perlu berusaha untuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya, baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga, peribahasa Melayu mengatakan: "dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh".

Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untuk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikir negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insyaAllah perjalanan hidup kita akan jelas.

Ambillah iktibar daripada para ulama pada zaman Rasulullah SAW seperti Hasan al-Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, "Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran". Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. Maka itu, marilah sama-sama kita set semula (reset) minda, ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah.

Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. Berfikir secara positif dan bertindak secara positif. InsyaAllah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Itulah janji Allah kepada hambaNya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baharu dalam hidup anda.


*****