Buku Teks Tahun 2019
Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.
Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.
Wednesday, 22 October 2014
Sedekah Luar Biasa
Penulis : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−38-8169−7
Tahun: 2014
Harga: RM20.00
Sinopsis
Sedekah bukan sahaja berbentuk kewangan dan harta benda. Bahkan sedekah mencakupi aspek tenaga, usaha, tindakan, ketelusan dan ketulusan dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat serta umat manusia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap kebaikan dan kebajikan itu adalah sedekah.” Inilah prinsip yang mesti dipegang oleh setiap Muslim agar setiap detik kehidupan itu terus-menerus diberi ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Ingatlah, derma daripada seorang yang sedikit hartanya lebih besar ganjarannya daripada derma individu yang banyak hartanya. Lalu, apa lagi alasan kita sebagai Muslim? Bersedekahlah sebelum sampai nyawa di kerongkong.…Adakah si kaya ini gila kerana mendermakan wang yang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk dengan pencarian wang secara mementingkan diri tanpa sebarang pemberian?
Biografi Penulis
Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya dan seterusnya Sarjana (MA) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (pengkhususan dalam bidang Fiqh Mua‘malat dan Maqasid Syariah) dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan dan PhD dari University of Wales, United Kingdom. Juga mempunyai ijazah ilmiyyah dari Sheikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi. Kini beliau bertugas sebagai Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Pada masa yang sama beliau berfungsi sebagai Ahli Majlis Pengurusan, Institut Perbankan & Kewangan Islam UIAM, Ahli Lembaga Pengarah Al Naqiy Islamic Solution Sdn. Bhd., Konsultan Shariah Siraj Capital Jeddah, Penasihat Shariah di ACR Re Takaful Bahrain, Associate Lecturer dan Certified Trainer di The Markfield Institute of Higher Education, Leceister, United Kingdom, Penasihat Shariah Yasmin Holdings Malaysia, Telaga Biru Sdn. Bhd. dan beberapa syarikat korporat lain di Malaysia. Beliau aktif menulis buku, sehingga kini beliau mempunyai 15 buah buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Beliau juga merupakan kolumnis Majalah Solusi, Majalah i, Majalah Fardhu ’Ain, Majalah al-Ustaz dan Majalah Iktisad. Selain itu, beliau juga kerap muncul di media seperti Slot Bicara Muamalat di Radio ikim.fm (setiap hari Rabu jam 5.15 hingga 6 petang), Slot Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Muqaddimah di TV 9, Slot Al-Kuliyyah di TV3, Slot Assalamualaikum dan Bicara di TV Al-Hijrah, Selamat Pagi Malaysia di RTM, dokumentari di Al-Jazeerah International dan lain-lain. Beliau juga dinobatkan sebagai Pemenang Web Islam Islamik Individu Terbaik oleh Anugerah Media Islam Negara 2009 melalui laman web beliau www.zaharuddin.net yang mempunyai pengunjung setiap hari seramai berbeza (unique visitors) purata 5000 orang. Facebook fan beliau iaitu zaharuddin.net hingga kini disukai (like) oleh 330 000 orang.
Panduan Perbankan Islam, Kontrak & Produk Asas
Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Penerbit: Telaga Biru
Tahun: 2009
ISBN: 978−967−51-0243−1
Harga: RM20.00
Sinopsis
Semakin banyak pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang kewangan dan perbankan Islam sama ada daripada kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir. Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti di peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah. Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.
Riba Dan Isu Kewangan Islam
Penulis: Dr. Zaharudin Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−51-0290−5
Tahun: 2010
Harga: RM20.00
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN: 978−967−51-0290−5
Tahun: 2010
Harga: RM20.00
Sinopsis
Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba – iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar.
Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan. Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya – ‘membantu kemudian membunuh’. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang ‘berhemah’ dengan simbolnya – ‘mengikut kemampuan semasa’.
Tuesday, 30 September 2014
ENSIKLOPEDIA SIRAH
PROMOSI GEMPAK
JILID 1 - 8
Penerbit : DBP
Harga : RM800
HARGA PROMOSI
RM 500 (set) termasuk POS (parcel)
1 set SAHAJA
BUKU BESAR TENTANG
PROMOSI GEMPAK
Alam Semula jadi
Harga : RM40
Sains Teknologi
Harga : RM40
Kehidupan Haiwan
Harga : RM40
Bintang dan Planet
Harga : RM40
Satu set (4 buah) RM160
Kulit keras
Berat ± 3 kg
HARGA PROMOSI
RM 80 (4 buah) termasuk POS (poslaju)
3 set SAHAJA
Friday, 26 September 2014
Biografi Tokoh Dakwah: Dr.Yusuf Al-Qaradhawi
Biografi Tokoh Dakwah: Dr.Yusuf Al-Qaradhawi
Penulis/Penyelenggara: Mohamad Kamil Ab.Majid, Mat Zain Ab.Ghani, Mohamad Zaidi Abdul Rahman
Penerbit: DBP
ISBN: 9789834605964
Tahun: 2013
Halaman: 293
Buku ini menceritakan tentang kisah hidup Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Sejarah hidupnya yang penuh tragik tidak langsung melemahkan semangatnya untuk menegakkan syiar Islam. Ketabahan dan ketokohannya menjadi inspirasi dan idola sejagat. Keterlibatannya dalam pelbagai bidang menjadikannya pakar sandaran hukum sementara kesungguhannya memecahkan kebuntuan umat menghasilkan fatwa yang menjadi panduan umat seluruh dunia.
Wednesday, 27 August 2014
Biografi Tokoh Dakwah: Ibnu Taimiyyah - Perjuangan dan Pemikirannya Memurnikan Islam
Biografi Tokoh Dakwah: Ibnu Taimiyyah - Perjuangan dan Pemikirannya Memurnikan Islam Penulis/ Penyelenggara : Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, Mat Zain Ab. Ghani, Hasan Jali Penerbit: DBP ISBN: 9789834604813 Tahun: 2010 Halaman: 268 Harga: 35.00
Sinopsis
"Di antara imam yang memberikan petunjuknya kepada umat manusia dan memiliki tonggak yang kuat dalam memahami keutamaan fahaman perbandingan ialah Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah (m. 728 H.) yang kemudian diikuti oleh muridnya al-Muhaqqiq al-Imam Ibnu al-Qawwim (m. 751 H.)
Dalam buku-buku, risalah, fatwa dan pendiriannya, Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah memiliki jasa yang banyak dan amat baik untuk dipergunakan sebagai bukti yang sangat memuaskan, kerana perkara-perkara itu berkaitan dengan sumber petunjuk Ilahi dan petunjuk Nabi".
Yusuf al-Qaradhawi |
Friday, 27 June 2014
Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang
Biografi Tokoh Dakwah: Sayyid Qutb Cetusan Idea Seorang Pejuang PENULIS / PENYELENGGARA: Mohamad Kamil Ab Majid, Norafifah Ab Hamid, Norhidayah Mohammad PENERBIT: DBP ISBN: 9789834604660 TAHUN TERBITAN: 2010 HALAMAN: 219 Harga: RM35.00 "Aku berasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon keampunan kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun perkataan-perkataan itu akan dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sekali-kali aku tidak akan mengucapkannya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Dia meredai aku dan aku meredai-Nya. "Andainya pemenjaraanku ini adil dan dilakukan secara hak, aku bergembira dengannya ini adalah takdir Allah tetapi andainya aku dipenjara secara batil, aku sekali-kali tidak akan melutut memohon keampunan atau keringanan". (Sayyid Qutb) |
Tuesday, 14 January 2014
Rahsia Yahudi Dalam Filem
Rahsia Yahudi Dalam Filem
Penulis : IbnuYaacob
ISBN : 978-967-5989-025
Tebal m/s : 199
Tahun Terbit 2013
Harga : RM 34.00
Penerbit : MoonMedia
Sinopsis
Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakat sesebuah negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun. Ia adalah agenda utama Illuminati. Ia adalah rancangan rahsia Dajjal."
" Kajian filem pertama di Malaysia " ( Versi teori konspirasi )
Penulis : IbnuYaacob
ISBN : 978-967-5989-025
Tebal m/s : 199
Tahun Terbit 2013
Harga : RM 34.00
Penerbit : MoonMedia
Sinopsis
Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia. Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakat sesebuah negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun. Ia adalah agenda utama Illuminati. Ia adalah rancangan rahsia Dajjal."
- Simbol mata dan piramid Dajjal yang tersembunyi dalam pelbagai filem.
- Projek besar Dajjal untuk mengawal minda dirancang melalui filem
- Folem-filem Alien yang dirancang khusus oleh ahli-ahli Freemason.
- Pirates of the Caribbean dan kisah Nabi Khidir yang berumur panjang.
- Dajjal dan agenda pembinaan komputer gergasinya untuk mengawal manusia seluruh dunia.
- Bagaimana Hollywood mendidik penonton bersikap anti kewujudan Tuhan.
- Lord of the Rings dan peristiwa kehilangan cincin Nabi Sulaiman a.s.
- Pelakon Harry Potter tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.
- Steven Spielberg adalah ahli mesyuarat tetap organisasi elit Yahudi.
- Tanda-tanda peristiwa 11 September 2001 di dalam filem yang tidak disedari masyarakat seluruh dunia.
" Kajian filem pertama di Malaysia " ( Versi teori konspirasi )
Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal
Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal
Penulis : Ibnuyaacob
Penerbit : Moon Media Enterprise
Tahun : 2012
Pengulas : Mohd Dahri Zakaria
Penulis : Ibnuyaacob
Penerbit : Moon Media Enterprise
Tahun : 2012
Pengulas : Mohd Dahri Zakaria
Sinopsis:
Buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling bahaya dalam dunia sekarang, Rothschild, dari permulaan hidup yang sederhana menjadi keluarga jutawan paling kaya dan terpengaruh seluruh dunia dan memberi tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia. Hal ini tidak sahaja terikat kerana wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi ia turut mengaitkan perjanjian yang lebih purba dari tawarikh, iaitu Dajal Laknatullah sendiri. Ia bermula tentang seorang lelaki Yahudi dari suku Ashkenazi yang mana seluruh keturunannya menguasai dunia sehingga sekarang dari sisi belakang tabir dengan pengaruh dan kekayaan yang luarbiasa selama lebih 200 tahun.
Ia memuatkan 22 bab dengan sebahagian besar daripada kandungan berkenaan dipecahkan mengikut wilayah kekuasaan mereka serta hubungannya dengan peristiwa-peristiwa besar dunia yang pernah berlaku. Perang Napoleon, Perang Dunia Pertama, keruntuhan khalifah Uthmaniyyah, pensekularisasi Mesir, penjajahan dunia, holocaust, Revolusi China, Revolusi Perancis, pemodenan Jepun, penubuhan Arab Saudi, pembentukan Israel dan Palestin semuanya berkait rapat dengan keturunan Rothschild.
Rothschild adalah nama dalam bahasa Jerman dan terdiri dari gabungan dua perkataan iaitu Roth dan Schild. Menurut kamus nama Jerman, Roth bermaksud rambut merah atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa Yahudi suku Ashkenazi yang mempunyai rambut merah. Manakala dalam kepercayaan klasik Eropah, Roth adalah gelaran kepada kanak-kanak hasil sumbang mahram. Dalam hujah buku ini, mereka mengambil hujah bahawa Roth itu bermaksud “anak sumbang mahram”.
Schild adalah ungkapan yang dalam kamus Jerman membawa maksud seseorang yang hebat yang tinggal di dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tanda-tanda ketokohan yang tiada tolak bandingnya. Jika diteliti pada bunyi ungkapan Schild, bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.
Dalam menterjemahkan teori ini, mereka mengambil hipotesis bahawa maksud nama Schild sebenarnya merujuk kepada Dajjal yang tinggal di dalam sebuah biara yang mana dirinya dijumpai oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan di dalam hadith riwayat Imam Muslim.
Maka berdasarkan ketetapan takrifan tersebutlah mereka menyimpulkan bahawa nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud “Dajjal si anak haram yang berambut kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.”
Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi. Langkah ini sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan tergadai semua harta.
Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang yang berlipat kali ganda. Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.
Antara bab yang sangat kontroversi dalam buku ini adalah bab 12, berkenaan perkaitan perintis Salafi Muhammad bin Abdul Wahhab-Ibn Saud, keturunan pemerintah kerajaan Arab Saudi sekarang dengan Illuminati/Freemason serta penggerak kaum muda, Syed Jamaludin Afghani sebagai antara Ketua Lodge Freemason yang memaparkan bagaimana bertahun-tahun di Malaysia, kelompok yang membawa faham ‘kaum tua’ masih bertahan menolak perjuangan ‘kaum muda’ atas sebab-sebab yang mereka sedari bahayanya.
Ia bermula bila Sheikh Muhammad Rasyid Redha, pengarang tafsir Al-Manar telah mengeluarkan fatwa baru tentang keharusan dalam pengambilan riba untuk kegunaan pemerintah dalam urusan pentadbirannya. Ijtihad ini telah mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat dikalangan agamawan sehingga mencetuskan konflik dan merintis kepada kewujudan dua puak yang masing-masing dinamakan sebagai ‘kaum muda’ dan ‘kaum tua’.
Penulisnya Ibnuyaacob menulis dengan telus dan ringan, menjadikan pembacaan kita lancar dan jelas. Semua fakta diceritakan dengan cermat tanpa mendatangkan keraguan terhadap kredibiliti penulis.
Buku yang menarik sebagai persuratan teori konspirasi ala Islam yang berkaitan kuasa Yahudi-Zionis merancang peristiwa mendatang pada akhir zaman.
Kaedah Merawat Santau
Kaedah Merawat Santau
Penulis: Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan, Azizan Ramly
ISBN: 978-967-366-200-5
Tarikh Terbit: 30 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 128
Tarikh Terbit: 30 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 128
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Sinopsis
Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia.
Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih
berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan
penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan
alternatif yang mengikut landasan syariat. Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia.
Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu'arak ayat 80 yang bermaksud, "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."
Saturday, 11 January 2014
Jurnal Inspirasi Diri
Jurnal Inspirasi Diri
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Penerbit: As-Sohwah Publication
ISBN: 978-967-0466-00-2
Harga: RM15
Sinopsis
Sebuah jurnal yang akan membimbing anda ke arah melakukan transformasi terhadap 5 aspek penting dalam hidup anda. Turut di muatkan bersama jurnal ini, kata-kata motivasi sebagai pencetus kekuatan dan membakar semangat yang akan memberikan hasil dan impak yang besar kepada hidup anda. Anda akan teruja kerana ia pasti akan memberikan perubahan kepada hidup anda!
Jika anda masih tercari-cari satu aset untuk memulakan perubahan dalam hidup,
Jurnal ini merupakan pilihan terbaik buat anda sebagai peneman setia agar anda dapat:
Belajar membuat pilihan yang tepat dalam menentukan keputusan kepada hidup anda.Menghentikan tabiat negatif serta-merta
Menggunakan kekuatan minda untuk membuat perubahan
Membina fikiran positif di samping membuka ‘mata hati’ anda.
Meningkatan kekuatan dalaman diri melalui pendekatan kerohanian
*****
Bahagia & Membahagiakan
Bahagia & Membahagiakan
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication ISBN: 978-967-1036-57-0
Harga: RM25
Sinopsis
Menjadi impian setiap insan untuk mencapai kebahagiaan dan membahagiakan insan lain, lebih utama lagi kebahagiaan perlu dicapai dalam keluarga masing-masing.
*****
Mata Akal Mata Hati
Mata Akal Mata Hati
Penulis: Prof. Dr. Muhaya Hj. Muhamad
Penerbit: As-Sohwah Publication ISBN: 978-967-0466-04-0
Harga: RM25
Sinopsis
Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapaikesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain daripada kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kit ajuga perlu berusaha untuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya, baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga, peribahasa Melayu mengatakan: "dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh".
Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untuk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikir negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insyaAllah perjalanan hidup kita akan jelas.
Ambillah iktibar daripada para ulama pada zaman Rasulullah SAW seperti Hasan al-Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, "Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi. Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran". Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. Maka itu, marilah sama-sama kita set semula (reset) minda, ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah.
Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. Berfikir secara positif dan bertindak secara positif. InsyaAllah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Itulah janji Allah kepada hambaNya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baharu dalam hidup anda.
*****
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck
Penulis:Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
Penerbit: PSN Publications Sdn. Bhd
ISBN: 978-967-11599-9
Harga: RM 16.00
Tebal: 217 Halaman
Sinopsis
Buku genre cinta karya Hamka atau nama penuhnya Haji Abdul KarimAmrullah ini mengisahkan cinta murni yang tidak kesampaian pemuda miskin,
Zainuddin yang tidak memiliki saudara-mara terhadap gadis keluarga
berada bernama Hayati yang cantik, sopan santun dan berbudi pekerti
mulia.
Terpikat dengan kecantikan Hayati, Zainuddin cuba meminang gadis pingitan itu tetapi ditolak kerana cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Gadis yang dianggap bunga dalam rumah adat ini sebaliknya dijodohkan dengan anak keluarga orang berada, Aziz yang dikatakan lebih layak.
Sedih kerana pinangannya ditolak kerana dianggap tidak memiliki harta,
tidak punya susur galur keturunan yang baik serta tiada beradat,
Zainuddin Membawa diri kekota Jakarta dan mencuba nasib sebagai penulis di sebuah syarikat akhbar.
Tidak sampai setahun, penulisannya mendapat sambutan lalu dia
kemudiannya ke kota Surabaya dan menulis dengan menggunakan gelaran ‘Z’.
Di sini, Zainuddin dikenali ramai dan mengumpul banyak harta serta
kenalan.
Disebabkan penulisannya baik dan lenggok bahasanya sangat menawan, dia
semakin terkenal. Tanpa disangka-sangka, pada suatu pertunjukan pentas
yang dikarang oleh Zainuddin, tiga anak muda; Hayati, Aziz dan Zainuddin
ditakdirkan bertentang mata.
Hayati tergamam kerana bertemu dengan kekasih lamanya. Bermulalah kisah
cinta yang menyayat hati antara dua insan yang pasrah dengan takdir yang
ditentukan Allah ke atas mereka. Apakah yang berlaku ke atas Aziz?
Bagaimana keadaan Hayati selepas bertemu semula dengan Zainuddin dan
apakah yang bermain dalam fikiran Zainuddin selepas dia ditakdirkan
bertemu semula dengan ‘kehidupannya.’
Novel ini pertama kali ditulis oleh Hamka sebagai cerita bersambung dalam sebuah majalah yang dipimpinnya, Pedoman Masyarakat pada tahun 1938. Dalam novel ini, Hamka mengkritik beberapa tradisi yang dilakukan oleh masyarakat pada saat itu terutama mengenai kawin paksa. Kritikus sastra Indonesia Bakri Siregar menyebut Van der Wijck sebagai karya terbaik Hamka, meskipun pada tahun 1962 novel ini dituding sebagai plagiasi dari karya Jean-Baptiste Alphonse Karr berjudul Sous les Tilleuls (1832).
Diterbitkan sebagai novel pada tahun 1939, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck terus mengalami cetak ulang sampai saat sekarang. Novel ini juga diterbitkan dalam bahasa Melayu sejak tahun 1963 dan telah menjadi bahan bacaan wajib bagi siswa sekolah di Indonesia dan Malaysia.
Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?
Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?
Penulis : Ummu Ammar
Harga: RM 9.00
ISBN: 978-967-388-082-9
Mukasurat: 58 ms
Sinopsis
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki? Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini. Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini, dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lagi, insya-Allah. Jom anak-anak, kita jadi soleh dan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.
Penulis : Ummu Ammar
Harga: RM 9.00
ISBN: 978-967-388-082-9
Mukasurat: 58 ms
Sinopsis
Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki? Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini. Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini, dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lagi, insya-Allah. Jom anak-anak, kita jadi soleh dan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.
Formula Solat Sempurna
Formula Solat Sempurna
Penulis : Dr Zaharuddin Abd Rahman
Harga: RM 28.00
ISBN: 978-983-3494-98-9
Mukasurat: 216 ms
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari.
Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.
Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.
Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.
Bicara Ini Demi Ilahi
Bicara Ini Demi Ilahi
Oleh: Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit: Karangkraf
Harga : RM 19.90
ISBN : 978-967-86-0413-0
Halaman : ~ 304
Berat : 400 gm
Tarikh Terbit : 31 Mac 2013
Sinopsis
ALLAH Maha Benar. Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...
Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan. Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan. Ya, bicara yang penuh berhemah. Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa. Nasihat dikatakan tiada gunanya.
Maka biarkanlah diri ini berbicara hanya demi DIA, Maha Pencipta. Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati. Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati, di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.
Antara Pengisian Menarik:
• Izinkan Aku Berbicara
• Bicara Ini Demi DIA
• Bicara Ini Demi Umat
• Bicara Ini Demi Nurani
• Bicara Ini Demi Akhlak
• Bicara Ini Demi Anak Kita
• Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
• Andai Mampu Lagi Aku Bicara
Subscribe to:
Posts (Atom)