Buku Teks Tahun 2019
Kepada para pembekal buku teks sekolah rendah dan menengah, ibubapa dan guru-guru, sila ke pautan-pautan di bawah untuk paparan senarai buku teks, yang diperlukan bagi membuat pesanan dari kami.
Kami menerima pesanan buku teks untuk kegunaan para pelajar sekolah swasta dan buku gantian di sekolah kerajaan.
Saturday, 11 January 2014
Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar
Anekdot Madinah: Benar Dia Maha MendengarOleh: Muhd Kamil Ibrahim
Penerbit : Galeri Ilmu
Harga : RM45
ISBN: 978-983-897-404-0
Sinopsis
Pukul 9.40 pagi, kenderaan membawa pesalah tiba. Kelihatan unit kesihatan memasuki kenderaan tersebut. Kemudian, anggota polis meletakkan beberapa keping kertas kotak di tengah-tengah kawasan. Masaya-Allah, hati saya sangat berdebar. Bagaimana dengan pesalah? Tentunya debaran beliau berganda lagi. Saya cuma menelah.
Dua hingga tiga minit sebelum jam 10, pesalah dibawa turun dan diletakkan di atas kertas kotak yang siap terhampar. Tangannya diikat ke belakang setelah beliau duduk dengan kedudukan duduk antara dua sujud. Dari kejauhan, saya dapat merasakan yang pesalah tersebut sangat tenang dan bersahaja. Ia dibaca melalui bahasa badan. Getaran hati beliau tiada siapa yang tahu. Allah... Allah... Allah, seseorang menghulurkan pedang yang disambut oleh petugas yang lain.
Szzzap! Kepala terpelanting ke sebelah kiri hadapan dengan darah memancut keluar. Allahu Akbar, kesannya menusuk nun jauh di hati.
***
Tampil dengan gaya bahasa yang mudah, namun pengisiannya amat mendalam.
Bertugas di Universiti Taibah sebagai Profesor Perakaunan, dan bermukim di bumi Madinah, Prof Kamil bijak mengadun latar Madinah dalam sisi hidupnya sebagai hamba Allah.
Seperti biasa, MKI menulis dari hati, maka setiap kisah yang dipaparkan pasti akan jatuh ke hati pembaca. Bumi Madinah sememangnya tidak asing bagi umat Islam, namun MKI memerikannya dari sudut yang berbeza dan wajar direnungi bersama!
Saturday, 26 October 2013
Siri Glosari Sains dan Matematik Terbitan DBP
|
|
|
|
|
|
Wednesday, 23 October 2013
MENYAHUT PANGGILAN BAITULLAH
MENYAHUT PANGGILAN BAITULLAH
Penyusun : Ustaz Shamsul Bin Mohd Nor
Ketebalan : 512 m.s (Warna & Kulit keras)
Penerbit: Nadi Minda Resources
Cetakan : Pertama 2012
Harga: RM135.00
RINGKASAN :
- Menerangkan dengan terperinci tentang ibadat haji, jenis-jenis haji (Ifrad, Tamattu' dan Qiran) dan segala rukun dan wajibnya.
- Huraian tentang ibadat umrah dan ziarah serta tempat-tempat yang seharusnya dilawati.
- Sejarah Dua Kota Suci iaitu Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah sejak dari zaman Nabi Adam A.S.
- Tempat-tempat bersejarah seperti Makam Rasulullah S.A.W, Makam Al-Baqi', Bukit Uhud, Gua Thur, Masjid Quba' dan lain-lain lagi.
- Warna yang terang dan jelas untuk memudahkan para pembaca menghayati kehebatan kota Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.
- Lengkap dan menyeluruh tentang segala jenis ibadat yang boleh dilaksanakan di dua kota suci ini.
- Terbaik di pasaran.
- BAB 1 : Sejarah Makkah Al-Mukarramah
- BAB 2 : Sejarah Madinah Al-Munawwarah
- BAB 3 : Ibadat Haji, Umrah Dan Ziarah
BUKU MUKJIZAT RASULULLAH SAW
BUKU MUKJIZAT RASULULLAH SAW Penyusun : Ustaz Johari YamanKetebalan : 426 Muka Surat ( H/Cover)
Penerbit: Nadi Minda Resources
Harga : RM 55.00
Buku ini menyajikan koleksi mukjizat dan pelbagai kisah dan kejadian aneh yang berlaku di sepanjang kehidupan Rasulullah saw.
Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan mukjizat Rasulullah saw, terlebih dahulu penulis memaparkan secara jelas mengenai keperibadian, sifat, sikap dan budi pekerti Rasulullah saw yang sangat mulia dan luhur sehinggalah Baginda diangkat menjadi nabi dan rasul.
Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar yang telah hadir dihadapan manusia lebih empat belas abad lamanya , berbahasa Arab yang fasih, mempunyai nilai bahasa yang indah dan tinggi sasteranya. Susunan , keindahan dan ketinggian bahasa Al-Quran tidak akan dapat ditandingi oleh makhluk-Nya. Kesucian Al-Quran dijamin oleh Allah swt . Kunci segala ilmu ada padanya dan segala peristiwa yang berlaku tercatit di dalamnya.
Ejekkan-ejekkan daripada kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah saw juga turut dimasukkan dalam buku ini sebagai iktibar buat semua umat Islam agar kita akan merasa lebih kasih dan sayang kepada insan mulia yang bernama Muhammad saw.
Turut dikupaskan juga tentang kejahatan kaum Yahudi terhadap diri Rasulullah saw dan kaum Muslimin serta pengakuan para sarjana yang bukan Islam terhadap kepentingan Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad saw.
BIMBINGAN PENGHAYATAN DAN KESEMPURNAAN SOLAT
BIMBINGAN PENGHAYATAN DAN KESEMPURNAAN SOLAT
Penyusun :Ustaz Johari Yaman
Ketebalan : 726 Muka Surat ( Hard Cover )
Penerbit: Nadi Minda Resources
Harga :RM 75.00
Mengapa Anda Mesti Memiliki Buku Yang Istimewa Ini ???
a) Buku ini merupakan sebuah buku yang paling laris dipasaran dan ia telah diulangcetak sebanyak 18 kali cetakkan sejak daripada tahun 2003 hingga kini..
b) Menghuraikan secara terperinci semua persoalan berkaitan ibadah solat yang kita lakukan setiap hari..
c) Turut diketengahkan bab Himpunan Doa-Doa Amalan daripada para nabi, para sahabat dan para tabien..Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai amalan kita setiap hari.. d) Disertakan Bab 99 Nama-Nama Allah swt Yang Baik beserta dengan maksud serta fadhilat bagi amalan kita bersama.. Antara kandungan atau bab yang terdapat dalam buku ini ialah :
Penyusun :Ustaz Johari Yaman
Ketebalan : 726 Muka Surat ( Hard Cover )
Penerbit: Nadi Minda Resources
Harga :RM 75.00
Mengapa Anda Mesti Memiliki Buku Yang Istimewa Ini ???
a) Buku ini merupakan sebuah buku yang paling laris dipasaran dan ia telah diulangcetak sebanyak 18 kali cetakkan sejak daripada tahun 2003 hingga kini..
b) Menghuraikan secara terperinci semua persoalan berkaitan ibadah solat yang kita lakukan setiap hari..
c) Turut diketengahkan bab Himpunan Doa-Doa Amalan daripada para nabi, para sahabat dan para tabien..Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai amalan kita setiap hari.. d) Disertakan Bab 99 Nama-Nama Allah swt Yang Baik beserta dengan maksud serta fadhilat bagi amalan kita bersama.. Antara kandungan atau bab yang terdapat dalam buku ini ialah :
- Bab Wuduk Dan Tayammum
- Bab Azan Dan Iqamah
- Bab Solat Dan Khaifiat ( Cara Perlaksanaannya )
- Bab Wirid Dan Doa
- Bab Sujud
- Bab Roh Solat ( Mencapai Kekhusyukkan Dalam Solat )
- Bab Solat Berjemaah
- Bab Solat Jamak Dan Qasar
- Bab Solat Khauf ( Solat Dalam Keadaan Takut )
- Bab Mengkhada Solat
- Bab Solat Jumaat
- Bab Solat-Solat Sunat
- Bab Solat Jenazah
- Bab Doa (Disertakan Himpunan Doa-Doa Para Nabi, Para Sahabat Dan Tabiin )
- Bab Zikir Serta Cara-Caranya
- Bab Sejarah Kehidupan Imam 4 Mazhab ( Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Syafie ).
- Bab Nama-Nama Allah Yang Baik ( Asma Al-Husna )
Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW
Penyusun : Ustaz Johari Yaman
Ketebalan : 478 Muka Surat ( Hard Cover )
Penerbit : Nadi Minda Resources
Harga : RM 55.00
Buku ini merupakan himpunan kisah 70 wanita-wanita pada zaman Rasulullah saw yang dijanjikan syurga oleh Allah swt ,kerana pengorbanan, kesungguhan, keberanian, keikhlasan, kejujuran, kesabaran, keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt .
Kehadiran mereka telah meninggikan lagi martabat kaum wanita sehingga syurga-syurga Allah dipenuhi bau harum kerana ganjaran yang mereka perolehi sebagai anugerah yang tidak dapat ditandingi.
Himpunan kisah-kisah wanita agung dan terbilang dalam sejarah Islam ini pasti akan memberi motivasi, semangat dan dorongan kepada kaum hawa dalam memartabatkan diri mereka kepada suatu tahap tertinggi, membuktikan bahawa wanita berhak mengecapi kesenangan, kebahagian dan meraih keadilan dalam kehidupan secara saksama seperti sebagaimana dikehendaki agama.
Kesungguhan , pengorbanan , kebaktian , kesabaran dan kasih sayang yang telah ditonjolkan mereka memberi pengajaran , pedoman , dan teladan yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Mengenali Rasulullah SAW
Mengenali Rasulullah SAW
Penyusun: Ustaz Johari Yaman
Ketebalan : 745 Muka Surat ( Hard Cover )
Penerbit : Nadi Minda Resources
Ketebalan : 745 Muka Surat ( Hard Cover )
Penerbit : Nadi Minda Resources
Harga : RM 75.00
Keistimewaan Buku Ini :
- Mengupas sejarah perkembangan Islam seperti Sejarah Permulaan Azan, Sejarah Permulaan Puasa, Sejarah Permulaan Zakat dan sebagainya.
- Mukjizat-mukjizat Rasulullah.
- Sifat-Sifat Dan Keperibadian Nabi Saw.
- Zikir-Zikir Dan Doa-Doa Amalan Rasulullah Saw.
Antara Kisah-Kisah Yang Menarik Terdapat Dalam Buku Ini:
- Rahsia Disebalik Pemilihan Tanah Arab Sebagai Titik Permulaan Islam
- Peristiwa Disebalik Jibril Membelah Dada Nabi Muhammad saw
- Permulaan Penurunan Wahyu Kepada Nabi Muhammad saw
- Peristiwa Disebalik Kisah Nabi Muhammad saw Diangkat Ke Langit Dalam Peristiwa Isra Mikraj
- Peperangan yang berlaku sepanjang kehidupan Rasulullah.
- Cara Rasulullah berdakwah dan menarik setiap golongan untuk beriman kepada Allah.
- Dugaan dan ujian yang di terima oleh Rasulullah dan para sahabat ketika berdakwah.
- Cara pergaulan dan kehidupan Rasulullah dengan keluarga dan sahabat baginda.
- Sejarah permulaan-permulaan di dalam islam sepanjang kehidupan Rasulullah s.a.w seperti:-
- Sejarah Pembinaan Masjid Nabawi (Masjid Nabi)
- Sejarah Permulaan Azan
- Sejarah Permulaan Puasa
- Sejarah Permulaan Zakat
- Sejarah Permulaan Haji
- Sejarah Pengharaman Arak
dan pelbagai lagi kisah buat tatapan semua umat Islam.
Buku ini sangat sesuai untuk kita mengenali lagi Nabi kita yang akan menyelamatkan kita di padang Mahsyar nanti. Jadikan Rasulullah sebagai idola hidup kita dan jadikan sunah baginda sebagai pedoman dan panduan hidup kita. Hadiahkan untuk diri anda dan orang-orang yang anda sayangi.
Buku ini sangat sesuai untuk kita mengenali lagi Nabi kita yang akan menyelamatkan kita di padang Mahsyar nanti. Jadikan Rasulullah sebagai idola hidup kita dan jadikan sunah baginda sebagai pedoman dan panduan hidup kita. Hadiahkan untuk diri anda dan orang-orang yang anda sayangi.
Subscribe to:
Posts (Atom)












